Thursday, February 3, 2011

buku rekod mengajar~~

Apakah itu buku rekod mengajar?

Nanti dah masuk sekolah, saya akan dapat satu buku rekod mengajar. Buku ni sangat penting buat seseorang guru terutamanya guru-guru freshie macam saya. Ayah saya selalu pesan, penuhkan dan isi semua bahagian yang ada dalam buku rekod tersebut. Bahagian belakang buku tu penting untuk diisi dengan semua nama pelajar dari kelas-kelas yang diajar. Semua rekod markah untuk setiap ujian yang dibuat hendaklah dicatatkan.

Sesetengah cikgu memandang ringan akan tugas ini padahal semua yang terkandung di dalam buku rekod tersebut adalah bukti kita menjalankan tugas kita sebagai seorang guru. Buku rekod ni ibarat nyawa kita la. Nak tanak kita kene tulis jugak. Walau terer macam mana pon kita mengajar tapi kalau tak mencatat rancangan pelajaran harian, ia adalah satu kesalahan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Dalam buku rekod ni biasanya akan ada; biodata guru, senarai tugas, catatan kehadiran kursus/mesyuarat/taklimat, jadual waktu, senarai buku teks murid, senarai buku rujukan guru, rancangan pelajaran tahunan, rancangan pelajaran harian, dan rekod kemajuan pelajar. Pesan lecturer saya masa Latihan Mengajar, Prof. Madya Dr. Sharifah Norul Akmar, rancangan pelajaran tahunan adalah sangat penting untuk merancang P&P harian. Perkara pertama yang guru perlu buat sebelum mula mengajar adalah perancangan pelajaran tahunan. Di kebanyakan sekolah, perancangan pelajaran tahunan ini telah disediakan oleh panitia. Jadi pada awal tahun, guru-guru akan dibekalkan dengan rancangan pelajaran tahunan tersebut dan biasanya, ia difailkan. Kemas dan mudah dirujuk. So, kalo sekolah tu tak menyediakan rancangan tahunan, kita kena la buat sendiri berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh pusat perkembangan kurikulum.

Dan pesan mak saya, jangan menangguh tulis buku rekod. Kalau tiada sesiapa datang observe, anda bernasib baik tetapi kalo nazir datang ke sekolah and buat 'surprise'... Masaklah anda! Huahuahua. Nampak kecik tapi impak besar punya. Papepon, tulislah buku rekod sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Siapkan terlalu awal pon tak boleh. Sebab kadang2 kita tak sempat nak ajar seperti yang dirancangkan atas banyak faktor terutamanya bagi masa-masa pertama selepas perhimpunan. Dan mungkin juga ade kelas yang dibatalkan atas sebab2 tertentu.

Maka, sebagai seorang guru, marilah kita sama2 bersahabat dengan buku rekod mengajar. Semoga usaha yang kita taburkan diberkati Allah dan memberi kebaikan kepada orang lain. Moga kita dapat melaksanakan tugas ini dengan jayanya. :)

p/s: Jangan malas tulis buku rekod! Walopon mengulang mende sama je untuk berpuluh-puluh tahun... tetap kene tulis jugak! Yang paling penting, jangan menangguh tulis buku rekod. Nanti setiap hari Jumaat kene balik lambat. Haha.

Wednesday, February 2, 2011

Tempat Baru

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.

Perkara pertama skali yang saya buat bila dapat tahu sekolah mana yang saya bakal ditempatkan minggu depan... saya terus tengok google map. Sebab saya tataw peta johor ni. Pasir gudang tu kat bahagian mana? Dekat dengan daerah apa? Kawasan kampung ke bandar ke? Kawasan penduduk padat ke? Senang nak cari rumah ke? Kalo kat bandar, sewa rumah mesti mahal sket. Kan? Kawasan mana mana mana? Hehe... Seribu persoalan kot menjengah fikiran sy.Meh kita tengok lokasinya di mana. Dengarnya bukan kawasan banjir. Alhamdulillah.

Yang bertanda A tu sekolahnya. :)

Haaa... Tu la dia SMKDPT. Dekat Jalan Masai Lama. Taman yang berdekatan adalah Taman Rinting. What??? Taman Rinting??? Kenapakah??? Nak taw tak? Hari tu kan masa saya duk godek2 FB sambil goyang-goyang kaki time menganggur tetibe terjumpa satu notes " Himpunan 7 kisah mistik sekitar JB". I pon KLIK la dan BACE dari A sampai Z. Sebab baca cite2 hantu ni kan FEEL. Huahuahua. Cite die mmg best. Boleh kata diceritakan kisah2 tersebut dengan sangat detail. Walopon tak pernah sampai tempat tu tapi boleh terbayang la cemana tempat2 yang diceritakan tu dan yang paling penting, dari 7 kisah tu... salah satunya adalah 'Misteri Banglo hilang di Taman Rinting!'. Hahahaha. Hamek ko! Baca la lagi. Masa tu tataw plak i akan di POSTINGkan ke JB kan. Nasib la. Tapi seram tu mmg la ade... tapi tapi nak buat cemana kan? Hahaha... Lu pikir lah sendiri. Hadei... nasik dah jd bubur... nape bace nape bace!

Lepas tengok google map ni, macam biasa lah, macam korang2 buat jugak... Apa lagi kalo bukan memberitahu alam semesta bahawa saya telah dipostingkan ke sekolah berkenaan. Tulis dengan capital letter lagi kat wall post tu. Wakaka. Fedulik lah... I nak kawan2 i tahu yang i ni telah dicampakkan ke Masai, Johor. Sape2 yang nak lepak JB lepas ni, silalah roger2 saya sebab saya ni bujang lagi. Nak ajak saya gi mana2 pon... iA, boleh dipertimbangkan. Haha.

Perasaan CUAK ni membuak-buak mcm Gunung Merapi memancutkan laharnya. Huahuahua. Masa tataw nama sekolah lagi, kurang sket perasaan cuak tu sebab tak rasa REAL pon lg. Tapi bila tahu skolah terus....ZAPPPPPPPPPPP...dup dap dup dap jantung i. Apa nak buat ni kat kelas nanti? Kene ngaja apa la ni? Sekolah ni ok ke tak? Cikgu2 die okay ke tak? Pelajar die okay ke tak? Haaaaaaaaaaa... baru banyak mende boleh pk kan. Haha. Mmg CUAKsss. Tetibe kan...banyak gile 'tetibe' tapi memang banyak kebetulan lah...mcm cite korea plak. Saya dapat tahu senior saya kat SMAPLABU dulu sedang mengajar di SMKDPT sekarang. So kurangla sikit rasa cuak tu. Walaupun masa di SMAPLABU dulu kami bukanlah kamcing, setakat kenal dari jauh je tapi org kate ONCE SMAPIAN OWAYZ SMAPIAN... Haha. Bila kuar sekolah, jumpa SMAPIAN je die macam ada satu aura tu. Tak kenal pon takpe asal SMAPIAN mesti rasa mcm kenal2 je. Bolehhhhhhhh?? Huha. Alhamdulillah, terus settle pasal rumah sewa. Kak MUN cakap boleh duduk serumah ngan dia tp buat masa ni kene duduk sebilik berdua dulu. Nanti Kak Mun nak pindah dah sebab die nak kawen dah so lepas ni boleh duduk bilik sorang2. Satu bilik RM150 sebulan. So duduk berdua kira RM75 je la sebulan. Nanti bil api+ air bahagi empat sebab rumah tu ade 3 bilik. Sorang satu bilik. So nanti i duduk sebilik ngan seorang ustazah di SMKDPT. Menurut kak Mun lg, ustazah tu pon baru je posting nov 2010 lepas. Alhamdulillah. Syukur sangat2. Berkat doa mak abah, saudaramara, dan sahabat handai semoga segala urusan Allah permudahkan. Terima Kasih atas doa kalian. Kita memang kene yakin selalu bahawa Allah sentiasa mendengar doa kita. Doa itu senjata mukmin. Allah pon ade berpesan, ud'uni istajib lakum... Berdoalah kepadaKU nescaya akan aku makbulkan. :) Marilah sama2 kita berdoa dalam susah dan senang.

Kak Mun kata lagi, dari rumah sewa tu boleh jalan kaki aje ke sekolah. Alhamdulillah. Ini bermakna selesai jugalah masalah transport. Sebabnya saya memang tak ada transport lagi buat masa ini. Kalo jauh terpaksalah naik bas. Bila dah dapat rumah dekat mcm ni, tak payah la fikir pasal belanja tambang bas dah. Rumah sewa tu dekat Taman Rinting. Semoga Allah memberikan kemudahan dan keberkatan kepada kita semua dalam langkah pertama memulakan kerjaya yang mulia ini. :) Semangat yang berkobar2 ini haruslah kita kekalkan hingga titisan darah terakhir. Berjuang di bidang perguruan ini demi ISLAM tercinta. Semoga Allah menunjukkan jalan-jalan yang lurus buat kita semua. Marilah kita sama2 menyemai bakti dan mempersiapkan diri demi kemajuan ummah. Anak-anak hari ini adalah pemimpin masa hadapan. :) Coraklah mereka menjadi insan berkualiti. Saya belom tahu alamat rumah tu sebab masa saya mintak addressnya dengan kak Mun, kak Mun cakap nanti dah sampai Masai, call dia. Nanti dia jemput. Terharu okeh. Terima kasih Kak Mun. Jasamu kukenang.


Apa lagi saya buat lepas tu? Saya google pasal SMKDPT ni sebab mak ayah saya bagitahu, menurut kawan-kawan mereka, SMKDPT ni merupakan skolah kawalan kat Johor. Skolah kawalan ni adalah skolah yang murid-muridnya adalah dipilih. Terus naik meter nervous i. Cemana nak ajar budak2 pandai ni? Banyak bende dah lupa. Kene baca banyak ni pasni. Apepon, kita tunggu nanti. Kita akan tahu adakah sekolah tu secemerlang yang disangka-sangka. Hehe.

Tapi saya ada satu masalah ni. Masalah ragu2. Dengan hanya menalipon tanpa ade surat hitam putih, sy jadi x pasti. PASTi betul ke ni aku akan ditempatkan di skolah tu? Betul ke org JPN yg bace nama sekolah tu td? Huha. Mmg suka pk macam2. Sebab tu dahi asek berkerut-kerut. Muka mendung tanpa cahaya. Cepat tua nanti. Huahuahua.

p/s: Selamat bertugas buat sahabat-sahabat sekalian. :) fiamanillah wa bitaqwallah daiman...