Tuesday, March 1, 2011

i am back!

Terlalu banyak untuk dikongsi tapi tak berkesempatan menulis kerana internet access is not available YET. Mungkin beberapa bulan lagi baru boleh dapatkan perkhidmatan internet. Mungkin broadband. Mungkin Streamyx. hehe.

Thursday, February 3, 2011

buku rekod mengajar~~

Apakah itu buku rekod mengajar?

Nanti dah masuk sekolah, saya akan dapat satu buku rekod mengajar. Buku ni sangat penting buat seseorang guru terutamanya guru-guru freshie macam saya. Ayah saya selalu pesan, penuhkan dan isi semua bahagian yang ada dalam buku rekod tersebut. Bahagian belakang buku tu penting untuk diisi dengan semua nama pelajar dari kelas-kelas yang diajar. Semua rekod markah untuk setiap ujian yang dibuat hendaklah dicatatkan.

Sesetengah cikgu memandang ringan akan tugas ini padahal semua yang terkandung di dalam buku rekod tersebut adalah bukti kita menjalankan tugas kita sebagai seorang guru. Buku rekod ni ibarat nyawa kita la. Nak tanak kita kene tulis jugak. Walau terer macam mana pon kita mengajar tapi kalau tak mencatat rancangan pelajaran harian, ia adalah satu kesalahan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Dalam buku rekod ni biasanya akan ada; biodata guru, senarai tugas, catatan kehadiran kursus/mesyuarat/taklimat, jadual waktu, senarai buku teks murid, senarai buku rujukan guru, rancangan pelajaran tahunan, rancangan pelajaran harian, dan rekod kemajuan pelajar. Pesan lecturer saya masa Latihan Mengajar, Prof. Madya Dr. Sharifah Norul Akmar, rancangan pelajaran tahunan adalah sangat penting untuk merancang P&P harian. Perkara pertama yang guru perlu buat sebelum mula mengajar adalah perancangan pelajaran tahunan. Di kebanyakan sekolah, perancangan pelajaran tahunan ini telah disediakan oleh panitia. Jadi pada awal tahun, guru-guru akan dibekalkan dengan rancangan pelajaran tahunan tersebut dan biasanya, ia difailkan. Kemas dan mudah dirujuk. So, kalo sekolah tu tak menyediakan rancangan tahunan, kita kena la buat sendiri berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh pusat perkembangan kurikulum.

Dan pesan mak saya, jangan menangguh tulis buku rekod. Kalau tiada sesiapa datang observe, anda bernasib baik tetapi kalo nazir datang ke sekolah and buat 'surprise'... Masaklah anda! Huahuahua. Nampak kecik tapi impak besar punya. Papepon, tulislah buku rekod sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Siapkan terlalu awal pon tak boleh. Sebab kadang2 kita tak sempat nak ajar seperti yang dirancangkan atas banyak faktor terutamanya bagi masa-masa pertama selepas perhimpunan. Dan mungkin juga ade kelas yang dibatalkan atas sebab2 tertentu.

Maka, sebagai seorang guru, marilah kita sama2 bersahabat dengan buku rekod mengajar. Semoga usaha yang kita taburkan diberkati Allah dan memberi kebaikan kepada orang lain. Moga kita dapat melaksanakan tugas ini dengan jayanya. :)

p/s: Jangan malas tulis buku rekod! Walopon mengulang mende sama je untuk berpuluh-puluh tahun... tetap kene tulis jugak! Yang paling penting, jangan menangguh tulis buku rekod. Nanti setiap hari Jumaat kene balik lambat. Haha.

Wednesday, February 2, 2011

Tempat Baru

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.

Perkara pertama skali yang saya buat bila dapat tahu sekolah mana yang saya bakal ditempatkan minggu depan... saya terus tengok google map. Sebab saya tataw peta johor ni. Pasir gudang tu kat bahagian mana? Dekat dengan daerah apa? Kawasan kampung ke bandar ke? Kawasan penduduk padat ke? Senang nak cari rumah ke? Kalo kat bandar, sewa rumah mesti mahal sket. Kan? Kawasan mana mana mana? Hehe... Seribu persoalan kot menjengah fikiran sy.Meh kita tengok lokasinya di mana. Dengarnya bukan kawasan banjir. Alhamdulillah.

Yang bertanda A tu sekolahnya. :)

Haaa... Tu la dia SMKDPT. Dekat Jalan Masai Lama. Taman yang berdekatan adalah Taman Rinting. What??? Taman Rinting??? Kenapakah??? Nak taw tak? Hari tu kan masa saya duk godek2 FB sambil goyang-goyang kaki time menganggur tetibe terjumpa satu notes " Himpunan 7 kisah mistik sekitar JB". I pon KLIK la dan BACE dari A sampai Z. Sebab baca cite2 hantu ni kan FEEL. Huahuahua. Cite die mmg best. Boleh kata diceritakan kisah2 tersebut dengan sangat detail. Walopon tak pernah sampai tempat tu tapi boleh terbayang la cemana tempat2 yang diceritakan tu dan yang paling penting, dari 7 kisah tu... salah satunya adalah 'Misteri Banglo hilang di Taman Rinting!'. Hahahaha. Hamek ko! Baca la lagi. Masa tu tataw plak i akan di POSTINGkan ke JB kan. Nasib la. Tapi seram tu mmg la ade... tapi tapi nak buat cemana kan? Hahaha... Lu pikir lah sendiri. Hadei... nasik dah jd bubur... nape bace nape bace!

Lepas tengok google map ni, macam biasa lah, macam korang2 buat jugak... Apa lagi kalo bukan memberitahu alam semesta bahawa saya telah dipostingkan ke sekolah berkenaan. Tulis dengan capital letter lagi kat wall post tu. Wakaka. Fedulik lah... I nak kawan2 i tahu yang i ni telah dicampakkan ke Masai, Johor. Sape2 yang nak lepak JB lepas ni, silalah roger2 saya sebab saya ni bujang lagi. Nak ajak saya gi mana2 pon... iA, boleh dipertimbangkan. Haha.

Perasaan CUAK ni membuak-buak mcm Gunung Merapi memancutkan laharnya. Huahuahua. Masa tataw nama sekolah lagi, kurang sket perasaan cuak tu sebab tak rasa REAL pon lg. Tapi bila tahu skolah terus....ZAPPPPPPPPPPP...dup dap dup dap jantung i. Apa nak buat ni kat kelas nanti? Kene ngaja apa la ni? Sekolah ni ok ke tak? Cikgu2 die okay ke tak? Pelajar die okay ke tak? Haaaaaaaaaaa... baru banyak mende boleh pk kan. Haha. Mmg CUAKsss. Tetibe kan...banyak gile 'tetibe' tapi memang banyak kebetulan lah...mcm cite korea plak. Saya dapat tahu senior saya kat SMAPLABU dulu sedang mengajar di SMKDPT sekarang. So kurangla sikit rasa cuak tu. Walaupun masa di SMAPLABU dulu kami bukanlah kamcing, setakat kenal dari jauh je tapi org kate ONCE SMAPIAN OWAYZ SMAPIAN... Haha. Bila kuar sekolah, jumpa SMAPIAN je die macam ada satu aura tu. Tak kenal pon takpe asal SMAPIAN mesti rasa mcm kenal2 je. Bolehhhhhhhh?? Huha. Alhamdulillah, terus settle pasal rumah sewa. Kak MUN cakap boleh duduk serumah ngan dia tp buat masa ni kene duduk sebilik berdua dulu. Nanti Kak Mun nak pindah dah sebab die nak kawen dah so lepas ni boleh duduk bilik sorang2. Satu bilik RM150 sebulan. So duduk berdua kira RM75 je la sebulan. Nanti bil api+ air bahagi empat sebab rumah tu ade 3 bilik. Sorang satu bilik. So nanti i duduk sebilik ngan seorang ustazah di SMKDPT. Menurut kak Mun lg, ustazah tu pon baru je posting nov 2010 lepas. Alhamdulillah. Syukur sangat2. Berkat doa mak abah, saudaramara, dan sahabat handai semoga segala urusan Allah permudahkan. Terima Kasih atas doa kalian. Kita memang kene yakin selalu bahawa Allah sentiasa mendengar doa kita. Doa itu senjata mukmin. Allah pon ade berpesan, ud'uni istajib lakum... Berdoalah kepadaKU nescaya akan aku makbulkan. :) Marilah sama2 kita berdoa dalam susah dan senang.

Kak Mun kata lagi, dari rumah sewa tu boleh jalan kaki aje ke sekolah. Alhamdulillah. Ini bermakna selesai jugalah masalah transport. Sebabnya saya memang tak ada transport lagi buat masa ini. Kalo jauh terpaksalah naik bas. Bila dah dapat rumah dekat mcm ni, tak payah la fikir pasal belanja tambang bas dah. Rumah sewa tu dekat Taman Rinting. Semoga Allah memberikan kemudahan dan keberkatan kepada kita semua dalam langkah pertama memulakan kerjaya yang mulia ini. :) Semangat yang berkobar2 ini haruslah kita kekalkan hingga titisan darah terakhir. Berjuang di bidang perguruan ini demi ISLAM tercinta. Semoga Allah menunjukkan jalan-jalan yang lurus buat kita semua. Marilah kita sama2 menyemai bakti dan mempersiapkan diri demi kemajuan ummah. Anak-anak hari ini adalah pemimpin masa hadapan. :) Coraklah mereka menjadi insan berkualiti. Saya belom tahu alamat rumah tu sebab masa saya mintak addressnya dengan kak Mun, kak Mun cakap nanti dah sampai Masai, call dia. Nanti dia jemput. Terharu okeh. Terima kasih Kak Mun. Jasamu kukenang.


Apa lagi saya buat lepas tu? Saya google pasal SMKDPT ni sebab mak ayah saya bagitahu, menurut kawan-kawan mereka, SMKDPT ni merupakan skolah kawalan kat Johor. Skolah kawalan ni adalah skolah yang murid-muridnya adalah dipilih. Terus naik meter nervous i. Cemana nak ajar budak2 pandai ni? Banyak bende dah lupa. Kene baca banyak ni pasni. Apepon, kita tunggu nanti. Kita akan tahu adakah sekolah tu secemerlang yang disangka-sangka. Hehe.

Tapi saya ada satu masalah ni. Masalah ragu2. Dengan hanya menalipon tanpa ade surat hitam putih, sy jadi x pasti. PASTi betul ke ni aku akan ditempatkan di skolah tu? Betul ke org JPN yg bace nama sekolah tu td? Huha. Mmg suka pk macam2. Sebab tu dahi asek berkerut-kerut. Muka mendung tanpa cahaya. Cepat tua nanti. Huahuahua.

p/s: Selamat bertugas buat sahabat-sahabat sekalian. :) fiamanillah wa bitaqwallah daiman...

Tuesday, January 25, 2011

jom nyanyi dengan penuh patriotisme

Masa bersekolah, waktu pagi-pagi tu memang sangat meriah. Setiap pagi akan berkumpul di dataran depan mercu tangga. Setiap pagi menjadi rutin membaca asma ul husna. Selesai asma ul husna, nyanyi lagu negaraku, lagu negeri sembilan and lagu sekolah. Ayah saya cakap sekarang kene nyanyi lagi satu lagu... Malaysia berjaya.

Lagu sekolah saya dulu best. Haha. Lagu Negeri sembilan pon best. :) Tapi selalu kene tegur dengan ayahanda Tuan pengetua Haji Mat Yunoh bin Dollah tang bacaan asma ulhusna. Beliau nak kami sume baca dengan perfect. Eh eh. Rindu sekolah lama lah. Huhu.

Kali ni saya perlu tahu lagu Johor plak. Masa praktikal nyanyi lagu Wilayah Persekutuan. Best! Hehe. Jom berkenalan ngan lagu Johor.



Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Owh. Macam ni rupanya lagu johor ni. Hehe. Meh dengar lagu Malaysia berjaya plak.

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

p/s: Hehe. Nyanyi-nyanyi lagu kebangsaan ni biasanya pelajar2 tak suka sangat. Tapi kalo nyanyi lagu Justin Bieber... br semangat! Hakhak

Monday, January 24, 2011

Persiapan Awal~Himneja!!

Saya akan mula berkhidmat sebagai  guru pada 7 feb 2011. Tarikh yang bersejarah buat saya. Bakal berkhidmat di Johor Darul Takzim bersama beberapa orang lagi rakan-rakan dari UM yang lain especially teman rapat Aishah dan Yuni memberi sedikit kekuatan kepada saya untuk survive kat sana nanti. Perasaan saya sekarang bercampur baur. Gembira sebab diberi rezki dan peluang menjadi guru, sedih sebab kene tinggal keluarga lagi-lagilah bila dah lama duduk rumah lepas tamat pengajian hari tu.

Sebelum memulakan perjalanan baru dalam hidup ini, eloklah kiranya kita bermuhasabah dan memperbaiki niat agar kita tidak melakukan sesuatu  pekerjaan dengan sia-sia. Saya harap saya KUAT untuk menempuh segala cabaran yang mendatang! Sentiasa ikhlas dalam mendidik dan menyampaikan ilmu serta sentiasa memperbaiki kelemahan diri. Semoga dipertemukan dengan orang-orang yang senang dengan kita dan persekitaran yang menggalakkan diri untuk terus maju. Dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang boleh memberi tunjuk ajar dan sentiasa ingat-mengingatkan diri ini ke jalan Allah.


My Lord show me right from wrong... Give me light make me strong... I know the road is long... Make me strong!!

p/s: Tawakkal kepada Allah menguatkan jiwa. :)

Sunday, January 23, 2011

Surprise~jeng jeng jeng!

Jarum panjang jam menunjukkan tepat ke angka 9. Saya tercongok atas katil, sambil gosok-gosok mata dengan belakang tangan. Dah keluar agaknya penempatan GSST ni. Kalo dikira-kira, opis bukak pukul 8: 30 pagi. Macam mana kalo sama jugak macam hari-hari yang lepas. Dengan semangat berkobar-kobar saya menuju laptop. Laju je jari-jari gemuk ini menari-nari type dekat google search engine 'KPM'. Tak pernah bookmark website tu. Hati berdebar-debar macam kenderaan mahu perang~haha, lagu mende tah merepek! Tapi setiap kali itu jugak la menghampakan sampaikan saya ni dah hafal la home website kpm ni. Siap leh lukis balik tanpa tengok! Kahkah. Boleh geleng kepala sajalah. Apakan daya hamba manusia lemah tak punya kuasa. Memang sedih je kalo fikir. Tapi tak apa. Orang kata hidup jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah. Berusahalah bersungguh-sungguh nescaya takkan dipersiakan. Dengan sisa semangat keguruan yang ada, saya bangun dari katil empuk tu, terus menuju laptop kesayangan. Tak sempat gosok gigi pon. Takut nanti ketinggalan. Haha. Pengotor! Seperti biasa... dengan lafaz bismillah saya on laptop. Bibir dah mengukir senyuman dah. Hati penuh pengharapan. Ada laa kali ni. Ada laaa... Pliz! Bukak2 je..
TAKDE! 
Takde lagi ke? Buat suspen je KPM ni. NI mesti petang2 sket ni. Bersabar lah wahai jiwa yg kacau bilau. Memang jiwa kacau pon selagi tak dapat posting ni! Penting tahu posting ni.

Kecoh kat FaceBook pasal penempatan ni. Semua bengang kalaulah taktahu jugak hari ini, pasti melunturkan semangat membara kami. Semua orang eksaited nak tahu sebab memang tak sabar nak berkhidmat kot. Haha. Berkat kesabaran... Dalam pukul 10 lebih... maka dapat la tahu kat mane. Kat mane?? Kat mane?? Kat mane?? Jeng jeng jeng.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jauh gila ngan rumah saya...tapi kene pasrah ape pon ketetapan Allah. Fighting fieza! Himneja!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





JOHOR darul takzim. Here I come! Ya Allah, andai ini yang terbaik untukku, aku pasrah segalanya kepadamu. Aku bersyukur dengan rahmat dan limpahan kurniaMu. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku semenjak aku kecil. Kurniakan kesihatan yang baik buat kedua-dua mereka. Aku berserah kepadaMu segala urusan ku. Permudahkanlah ke atas ku urusanku selepas ini. Amin ya rabbal 'alamin.

p/s: Sahabat2, doakan semoga saya cemerlang di skolah baru. Saya butuh doa kalian. Terima kasih.

cikgu dan unsur kecindan

Anda bersetuju tak kalo orang cakap guru yang selalu diminati dan diingati murid adalah guru yang mempunyai unsur kecindan? Unsur kecindan bermaksud unsur jenaka. Guru-guru yang mempunyai unsur jenaka ni biasanya lebih disenangi dan lebih mudah didekati murid berbanding guru yang sangat serius dan sentiasa bermasam muka. Biasanya orang yang bersifat jenaka ni suka tersenyum dan nampak periang.

Teringat saya pada cikgu-cikgu saya yang boleh dikatakan lawak la dulu. Kadang-kadang belum sempat diorang berkata-kata pon kami dah gelak. Mimik muka dan gaya dia mengajar pon dah lawak. Kalo dia berkata-kata lagi la kami gelak. Tapi takde lah setiap masa gelak je. Ada waktu dan ketikanya. Unsur kecindan ni penting untuk menarik minat murid dalam kelas. Nak bagi mereka fokus dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada cikgu yang sedang mengajar. Kadang-kadang dalam kelas pelajar rasa mengantuk bila terpaksa mendengar dan menerima sahaja terutama apabila cikgu sedang menggunakan lecture method untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka adalah baik untuk cikgu menyelitkan lawak jenaka yang boleh menghalang pelajar daripada tertidur dan memastikan mereka terus memberikan perhatian dan mendengar dengan baik.

Unsur jenaka juga boleh membantu murid untuk meningkatkan kefahaman, memperbaiki sikap murid terhadap mata pelajaran, mengurangkan tekanan dan kebimbangan, meningkatkan motivasi murid dan memberikan kepuasan kepada murid. James (2001) menjelaskan bahawa jenaka boleh meningkatkan perhatian dan keseronokan belajar, membantu mengekalkan ingatan. Cikgu yang mengamalkannya boleh dianggap sebagai mempunyai salah satu daripada ciri cikgu yang berkesan.

Jenaka ni tak boleh dibuat-buat dan dipaksa-paksa. Nanti jadi 'anak biawak dalam baldi, buat lawak tak jadi'. Hehe. Unsur jenaka ni boleh hadir dalam diri setiap cikgu secara semulajadi apabila cikgu tersebut meminati  kerjayanya dan rasa seronok mengajar. Tapikan, cikgu boleh je belajar berjenaka. Cikgu boleh merancang untuk melakukan jenaka di dalam kelas tetapi harus lah memastikan jenaka tersebut adalah relevan. Jangan nanti cikgunya aje yang terkekeh-kekeh sorang-sorang. Takde maknanya okay. Nanti murid pon kesian kat kite. Hallamak..nak gelak ke tanak ni... kang x gelak cikgu kecik hati plak. Huha~

Cikgu boleh berjenaka dengan murid kalo nak mendorong mereka buat sesuatu yang mereka tak berapa nak minat. Dengan berjenaka mungkin boleh menyuntik semangat dan minat dalam diri mereka sebab mereka akan rasa lebih kamceng dengan cikgu. Kalo cikgu nak tegur kesalahan murid pon boleh guna unsur jenaka ni supaya murid tak terguris dan rasa diperlekehkan di hadapan rakan-rakan mereka.

Bila cikgu berjenaka, tak semestinya murid2 die gelak sampai guling2! Cukuplah sekadar diorang tersenyum-senyum.Kalau dah sampai gelak guling2 tu dah tak relevan da tu. Itu menganggu proses pembelajaran plak. Seingat saya kan, kalo kat sekolah saya dulu, budak pompuan memang tak gelak kuat-kuat. Untuk gelak-gelak ni memang budak lelaki la yang conquer. Kalau cikgu berjaya buat lawak yang memang mencuit hati dan konpem kitorang tak tido lam kelas die adalah lawak yang dapat menghasilkan gelak 2 harakat. Gelak tu kuat gila tapi pendek je. Haahaa! Pastu terus diam macam malaikat lalu kat sebelah kelas. Saya pon tataw kenape macam tu tapi hakikatnya memang macam tu pon. Tapi kene lawak yang memang lawak laa. Setakat jenaka buat2 ni... memang tak berkesan. Hehe.

Namun begitu, sebagai cikgu kita haruslah mengelak dari membuat jenaka yang memberi kesan negatif seperti jenaka yang boleh mengguris hati dan memalukan murid. Kalo agak2 lawak kita tu boleh merendah-rendahkan murid, baik simpan je lawak kita tuh. Tak payah bgtaw mereka. Selamat! Lebih baik takde jenaka daripada berjenaka ntah hape hape.

p/s: Buat jenaka yang bermotivasi mungkin membantu membina keyakinan diri pelajar dan meninggalkan kesan yg positif kepada mereka.

Saturday, January 22, 2011

maggi dan shell


Korang suka masak tak? Saya takde la suka masak tapi kalo dah lapar gile, saya masak je simple-simple. Masakan yang paling selalu saya masak adalah ayam masak merah! Sebab kan ayam masak merah la konon2nya sedap untuk dimakan. Sampai suatu hari tu...

Adek: Kakak, adik balik doh! Adik nok gi skoloh mula kekgi pukol 3. Kakak masok mende tu?

Fieza: Owh..adek ade kelas lg eh? Kakak masok ayam meroh!

Adek: Ayam meroh lagi?

Fieza: Ermmmmm... Adek kan suka makan ayam masok meroh. Kekgi kakak kerja doh, takdok la oghang nok masok ke adek!

Adek: Hurmmmmm... Kalo kakak takdok lagi best... Makan lauk keda! Setiap hari ibu beli kat keda. Lagi berselara adek makang!

Fieza: Huh?

Wah wah wah... Dia tataw ke aku saya masak ni sedap? hahahaha~ Ade ke kate gitu? Adek adek... Dop sayang mulot sungguh! Haizz. Sekarang duk hostel...RASAKAN! kahkah...

Saya ni tengah riso menunggu dapat sekolah mana, kene ngaja apa? Semua tengah bermain di fikiran. Terengganu kah? Johor kah? Pahang kah? Perak kah? Nanti dah dapat sekolah, kene ajar ape pulak. Sebab saya tengok ramai je kawan-kawan saya yang tak dapat ngaja option. Macam saya Kimia-Matematik. Cemana kalo kene ajar KH? Haaaaaaaaaa... Kalo kene ajar KH pon saya suka. KH-ERT!!! Sebab kan kalo ajar KH nanti boleh la saya latih anak2 murid saya untuk masuk pertandingan memasak Maggie & Shell. Nak masuk pertandingan ni senang je. Mula-mula cikgu dan murid kene reka resepi yang terbaik dan paling banyak guna brand maggie. Shell x payah sebab shell ade gas masak je. Lepas tu bila resepi kita dah menang, kita akan terus bertanding untuk peringkat negeri. Hadiah dia best la jugak! Hadiah papepon tak kesah la kan, yang penting dapat menaikkan dan mengharumkan nama sekolah! Owyeahhh!

Saya ngan kenkawan saya, Balqis dan Dalila penah masuk pertandingan masak ni dulu masa form 3. Waktu tu banyak masa  terluang sebab baru lepas PMR. Alhamdulillah, cikgu memberi saya peluang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Tiada pemilihan pon masa tu cuma cikgu tanye siapa yang berminat sahaja. Jadi, setiap hari sebelum pertandingan tu kami berlatih masak dengan cikgu dekat bilik masakan ERT. Kami dibimbing oleh cikgu Mariza, cikgu ERT pd masa tu. Bermula dari penyediaan bahan sehinggalah kepada gubahan, kami diajar satu persatu. Masa tu tema dia adalah perayaan. Kami masak nasik minyak, ayam masak ape tah..tp mcm ayam masak merah + santan...lebih kurang rendang..lupa name die ape...lepas tu acar! Kemudian ade bubur kacang jugak. Masa tu saya ditugaskan masak nasi. Nasi die berwarna warni. Haha. Kemudian bekerjasama la buat perkara2 lain seperti gubahan semua tu. Lebih kurang seminggu kami berlatih. Pertandingan tu diadakan di SMK Tampin, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar cikgu dan hasil usaha gigih kami akhirnya kami berjaya mendapat johan! Best gile! Masa tu dapat bape hinggit tah. Tak ingat! Yang saya ingat dapat HAMPER maggie besar punye. Excited gile time tu. Masa diumumkan johan tu, kitorang terus peluk cikgu. Cium2 cikgu... Waaa... Kan best kalo saya pon boleh buat pelajar saya happy camtu.

Bersama guru pengiring tersayang, Puan Mariza.


Johan peringkat Negeri Sembilan

Kemenangan di peringkat negeri melayakkan kami untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Sofitel, Senai Johor. Semasa di Sofitel, kami diberi bilik yang ekslusif. Makan dengan sangat banyak kat sana sebab makan free. Makanan die sedap2! Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Guru pengiring kami turut bersama tapi cikgu saya dapat bilik asing. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. Pertandingan masak tu sehari je. Pada hari-hari lain kami dibawa melawat Johor. Seronok sangat sebab semua tu free. Pertandingan masak tu diadili oleh Chef Florence Tan ngan Chef Mail yang selalu keluar tv tu. Segan je bila diorang rasa masakan kitorang. Tapikan di peringkat kebangsaan ni saingan amat sengit. Kami hanya berjaya dapat tempat ke-5  daripada 14 buah pasukan dan dapat hadiah saguhati.

Sofitel Palm Golf Resort

Ni la die our well-known chef mail.

Ni plak chef Florence Tan
View dari atas kat sofitel.

Saguhati peringkat Kebangsaan. Yeay!


Walopon dapat saguhati sahaja tapi kami berpuas hati sebab kami dah buat yang terbaik untuk Negeri Sembilan dan sekolah kami. Terima kasih Cikgu Mariza kerana memberi peluang berharga ni kepada saya. Jasa cikgu saya kenang sampai bila2. 'Ya Allah, ampunkanlah dosa guru-guruku!'

p/s: Nanti dah jadi cikgu, libatkan lah pelajar-pelajar kita dengan pertandingan2 yang boleh menaikkan keyakinan diri mereka! Pasti mereka gembira. Dalam masa yang sama, pastikan juga akademiknya berjalan seiring! Chaiyyok2!!

tak KENAL maka tak CINTA (2)

Saya menerima pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam aka PASTI Ar Rahman Qaryah Jambu Bongkok. Saya bersekolah kat situ dari umur 5 tahun. BEST! Masa tu saya sekolah bersama-sama ngan adik saya Norhanisa Hasimuddin, kereta kecil. Pergi sekolah pakai uniform. Jubah hijau dengan jilbab putih. Seingat saya dulu saya jarang pakai jubah sebab mak saya rajin jahit baju kurung. So saya prefer pakai baju kurung. Pagi-pagi before pegi sekolah, mak ayah saya hantar kami dekat rumah makcik. Rumah makcik saya tu tak jauh dari sekolah so tetiap pagi jalan kaki la berdua gi sekolah.Pimpin-pimpin tangan. Macam comel! hakhak~

Setiap kali mula kelas kami kene bace doa-doa harian. Lepas tu baca surah2 lazim. Masa tu bila cikgu suruh baca je semua tempik2! Bingit telinga member sebelah! Bile balik skolah tekak dah serak2. Hahaha. Saya pon tak faham apesal la masa kecik2 cikgu suro bace jerit2. Tapi memang macam tu kot. Masa kecik-kecik tak reti malu-malu. Apa orang suro bantai je buat. Lagi-lagi la cikgu. Kepercayaan 100% dekat cikgu. 'Cikgu saya kata kalo makan kene duduk.' Bila cikgu ada sume duduk. Bila cikgu takde tengah jalan terkedek-kedek pon jilat eskrem jugak! Lupa! haha...

Naik darjah satu, saya sekolah dekat SK Jambu Bongkok. Saya bersekolah kat situ sampai darjah 6. Time sekolah rendah saya memang suka pergi sekolah. Kalo demam pon nak pegi sekolah jugak! Sanggup tu! Kalo demam takleh bangun baru la tak pegi sekolah. Bukannya ape. Sebab kat sekolah ramai kawan. Hari-hari main lompat getah la, main kejar-kejar, main sorok2 etc. Setiap hari lepas sekolah saya akan tunggu mak ayah saya balik dari kerja. Mak ayah saya mengajar di SMK Merchang, jadi diorang balik lambat sket. Sementara menunggu diorang, sempat la main game beberapa set. Kejap main getah, kejap main lari2. Tapi bila naik darjah 3, saya balik jalan kaki je. Tiap2 hari singgah kedai beli aiskrim 10sen ngan jambu batu. Heaven! Eskrem kegemaran saya adalah eskrem asam boi. Kaler merah pastu ade sebijik asam boi dalam tu. Mmg sedap! Time ombak teduh, sempat je singgah tepi pantai kutip remis. Hakhak... Memang pure budak kampung! Penah je ade basikal, tp lupa darjah bape.

After UPSR, saya masuk SMAP Labu kat negeri sembilan. Jauh! Hari2 nangis dalam selimut. Masa nak tido la paling azab. Rasa nak terbang je balik umah tp apekan daya manusia x bersayap. Lepas dah form 2 baru la kurang sket homesick. Saya kat situ sampai form 5. Berjauhan ngan mak ayah tatkala berumo 13 thn memang satu cabaran yang besar buat saya. Terlalu banyak perkara baru yang saya belajar dalam hidup. Masa kat sini la saya belajar bersusah payah. Kalo sakit skit2 takde sape nak layan. Pandai2 ko la nak handle. Saya penah sakit gigi gile2 tapi terpaksa bertahan. Kalo kat rumah mesti abah dah hantar gi klinik awal2. Pastu setiap weekend, jamu mata je lah tgk parents org lain datang. Pastu hari2 makan nasik kawah ngan lauk hostel. Seb baik la DM SMAP Labu boleh tahan la lauk die. Sedap jugak walopon makan dalam tray besi! Haha... Saya rasa sekarang dah x pakai tray besi tu sebab diorang makan berhidang. Yang saya cerita ni zaman saya 8-10 tahun lalu. Tapi banyak jugak yang bestnya... terutamanya PERSAHABATAn. Mmg memberi banyak kenangan manis~ :) Sehingga sekrang kami memang AKRAB!

Lepas SPM, saya sambung di Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon. Kat sini pon best especially makanan die. Haha~sedap dan murah! Belaja ok, kawan ok, lecturer ok. Semua pon ok lah! Seronok. Walaupon setahun je tapi meninggalkan banyak kenangan manis. Masa kat sini, saya penah ikut Ekspidisi Gua Wang Burma yang dianjurkan oleh Balai Islam Kolej. Best gila! Tapi result 2nd sem saya agak teruk time tu. Tidak memberangsangkan! Saya rasa masa tu la saya mengalami kesedihan yang amat sangat sepanjang 19 tahun hidup. Saya belajar untuk redho. Mungkin ia kifarah kepada dosa-dosa saya! Jadi kita bersabar dengan musibah yang hadir. Untung menjadi mukmin. Bila berjaya dan gembira, dia bersyukur. Bila jatuh, ditimpa bencana, dia bersabar! Bersyukur kita dilahirkan ISLAM.

Dengan apa yang saya usahakan, alhamdulillah saya diterima masuk ke UM dalam bidang Science with Education. Di UM, saya diberi penempatan di Kolej Kediaman Kedua. Kat situ, tak ramai dari kalangan pelajar SEP (Sc Edu) sebab kolej dua ni jauh dari Fakulti Sains. Masuk second year, saya tinggal di rumah sewa dekat Bukit Angkasa. Masa di UM, saya kurang aktif dengan aktiviti2 sosial. Saya meletakkan diri saya untuk tidak mengikuti mana2 persatuan. Saya rindu nak berpersatuan sebenarnya tapi saya tak berusaha ke arah tu. Tambahan pula sudah berkampung di luar kampus. Lagi lagi lah saya tak ambil port ape-ape yang berlaku. Di akhir waktu kat UM, ade jugak rasa menyesal tak aktif kampus tapi takpe. Saya yakin mesti ade hikmahnya. :) Jadi saya menanam impian, bila dah jadi cikgu nanti, iA saya akan melibatkan diri saya semaksimum mungkin dalam apa jua berkaitan sekolah. Saya akan berusaha! iA.

Begitulah serba sedikit sejarah kehidupan saya. Tak banyak bakti saya secara langsung pada ISLAM. Tak banyak bakti saya kepada masyarakat. Saya berharap dengan hari2 berbaki yang Allah berikan pada saya, saya dapat menunaikan tanggungjawab saya kepada agama saya dengan baik! iA.

p/s: dah kenal maka bercinta lah ye... haha...

ko tipu aku???

3:30 pagi

Saya bangun seawal ini untuk menyiapkan alat bantu mengajar bagi kelas 4SS2. Saya mengajar Sc Form 4 utk kelas tu. Kekangan masa amat mendesak saya untuk mengurangkan waktu tidur. Saya perlu baca kembali satu persatu dan memahami dengan baik setiap konsep yang perlu saya ajarkan. Banyak perkara yang kita kadang-kadang dah lupa so kene refresh balik. Jadi memang memakan masa untuk menyiapkan setiap lesson plan sebab kene fikir teaching method yang sesuai untuk mengajar kelas yang pelajarnya mempunyai kemampuan memaham yang lambat. Jenuh jugak la setiap malam mengadap laptop tapi tak terasa berat sangat sebab teman2 serumah pon buat perkara yang sama. Pada hari yang sama saya turut kene ajar Math Form 4.Tapi LP utk kelas tersebut saya dah siapkan awal2.

6:30 pagi

Saya dan Aishah akan berjalan turun dari rumah ke bus stop dengan segala bahan alat bantu mengajar, tak cukup beg galas belakang, kiri kanan siap tersisip beg kertas. Penuh! Jarak dari rumah ke bus stop tu lebih kurang 10 minit jalan kaki. Kat situ la tiap2 hari saya tunggu kak jannah. Kak Jannah ni senior saya time belaja kat UM dulu. Kebetulan kak jannah mengajar dekat SMKSP so mudah la kami ke sekolah tetiap hari. Memang Allah beri kemudahan. Rasa sangat bersyukur apabila ada segelintir kawan saya mengeluh tentang masalah transport ke skolah. Ada yang terpaksa sewa teksi utk pergi dan balik dari sekolah dengan bayaran yang tinggi. Alhamdulillah... sepanjang 2 bulan tu kak Jannah sentiasa memberi tumpang. Smg Allah mengurniakan kak Jannah dengan rezki yang melimpah ruah. Kami sangat terhutang budi pada kak Jannah!

7:15 pagi

Kebiasaannya setiap hari saya akan dapat at least 1 kelas ganti. Saya tak ingat berapa kelas ganti saya dapat untuk hari tu tapi yang pastinya agak banyak la sebab saya tak sempat nak makan pon hari tu sampai la balik rumah. Bila sangat aktif.. masa rasa sangat pantas berlalu.


12:00 tgh hari

Kringgggg! Saya berjalan ke kelas 4SS2 dengan penuh semangat untuk menyampaikan semua yang saya dah plan kan. Kelas ni tak ramai pelajar. Mereka ada 18 orang sahaja. Semua pelajarnya adalah perempuan. Ada Melayu, Cina dan India. Hari ni kehadiran cuma 13 orang. Okay lagi. Cikgu senior cakap kadang2 ada 8 orang je. Saya memulakan kelas seperti biasa. Ni kira kali kedua la saya masuk kelas ni. First time masuk dulu, kelas berjalan dengan baik. Tapi lain pulak kali ini. Tak lama lepas saya memulakan kelas, 5 orang pelajar berdiri dan minta kebenaran saya untuk keluar kelas. Katanya mereka ada latihan hoki jam 12:15. Pelik gile main hoki tgh hari buta. Tapi saya tahu pelajar kelas tersebut banyak yang mewakili sekolah dalam acara sukan. Dalam perhimpunan pagi tadi pon ade dimaklumkan bahawa pasukan hoki sekolah telah berjaya ke peringkat negeri. Selepas saya soal2 mereka, saya pon dengan rela hati membenarkan mereka. Saya yang kekurangan pengalaman ni dengan SENANG melepaskan diorang. Fieza, ape ko pikir diorang ni mcm budak sekolah agama persekutuan labu yang jujur2 je sume tuh?? hakhak..jujur ke? Tapi takde la tergamak nak menipu cekgu sendiri! hadoyai~ Lepas diorang dah berlalu dengan beg2 sekolah diorang, salah seorang kawan diorang pon bersuara,'cikgu, diorang ni takde main hoki pon! Diorang tipu cekgu je sebab hari ni kan ade koko... Time cekgu je la diorang boleh tipu sebab cikgu baru lg kat sini.' Ape???????????????? Ko pikir aku ni sape?? Mentang2 aku cikgu baru korang nak buli la eh? Banyak cantik muke korang! Owwww... Mentang2 first kelas hari tu aku banyak baik, korang nak pijak kepala aku plak eh? Apesal la korang kuang hajo sangat ni? Perffff..lam hati aku memang menyumpah-nyumpah. Sakit hati dow. Rasa bodoh pon ye gak! Kalo dapat sekor2 aku panggang atas bara api! muahahaha...mmg syaiton menguasai diri la time tu. Terus aku rasa aku berjaga semalam mmg tak berbaloi! Cis! Saya diam sejenak. Pastu saya wat la ayat-ayat sedih ' Naper kawan-kawan awak buat saya macam ni. Saya beriya-iya nak ajar awak semua sampai awak faham... Pandai... Boleh jawab periksa dengan baik tapi awak semua nak sia-siakan usaha saya macam tu je. Saya sedih la' Tetiba aku saya dengar suara dari belakang...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

'hek eleh dia ni..ngaja dah lah tak best... bosan kot... nak marah kitorang plak!'

haha... Perffff... Memang tak leh blah! Ini suda lebey. Panas je cuping telinga aku. Kang aku lempang jugak budak ni. Berkejar gigi-gigi ko masuk longkang karang! Memang sakit hati tapi saya ingat pesan mak saya, kalo rasa marah cepat-cepat istighfar supaya kita tak buat perkara2 yang boleh memalukan dan memenangkan syaiton.Betul jugak agaknya aku ngaja bosan. Kene kerja lebih ni pasni. Takpe la anak2 sekalian, cikgu pon masih dalam proses menimba ilmu dari korang. Marilah kita bekerjasama!

Saya diam sejenak. Suasana kelas hening seketika. Saya tunduk dan angkat muka. Kemudian sambung mengajar seperti biasa sampai habis kelas. Keluar je kelas, selisih dengan cikgu yang nak masuk lepas tu, terus saya bisik, ' Akak, td 5 org keluar kelas saya dan balik terus. Diorang cakap ada latihan hoki! Panas je saya.' 'Owh... Diorang memang kuang ajar!'balas dia. Takpe! Nanti saya ajar! Cis!

1: 10 ptg

Saya gerak pergi bilik disiplin. Laporkan nama mereke berlima. Puas hati. Huhu.

********

Tapi sampai balik rumah saya masih bising2. Pening kepala saya sampai malam. Nak tido pon susah... Stress! Macam mana nak handle ni??? Tepon mak... Bercerita dengan mak samalah seperti recharge balik battery kasik penuh! :) Terima kasih mak sayang... Muahhhhhhx!

p/s: Kelas tu memang kelas belakang! Perempuan pon dah asingkan dari lelaki sebab diorang bising sangat. Nanti takut bergaduh dengan lelaki. Time saya mengajar diorang boleh tengok2 org berjalan dekat luar and pas gula-gula. Jungkit-jungkit kerusi yang mereka duduk sampai jatuh! hadei~ Sambil2 saya tunggu nak masuk kelas penah dengar cekgu senior marah diorang. 'Ko takleh duk diam ke? Cuba duduk elok2! Kain terangkat sana sini. Nampak peha tu. Tak malu ke?' Perff..Direct! Mmg kene mcm ni kot!

Friday, January 21, 2011

terima kasih cikgu

First time pergi assembly dekat SMKSP, murid-murid semua nyanyi lagu ni. Masa diorang nyanyi lagu ni tetiba saya rasa sebak! erkkk..emotional habes! haha.. tapi pada saya lagu ni memang touching la bila kita berdiri ramai2 atas pentas tu sebagai seorang cikgu lepas tu murid-murid semua nyanyi lagu ni.

'Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang kepada aku untuk berada di jalan ini. Aku bersyukur kepadaMU atas segala kurnia dan nikmat yang tidak terhingga.'



Saya pon nak nyanyi lagu ni untuk cikgu2 yang telah mendidik saya selama ini. Terima kasih cikgu. Jasamu kukenang sampai bila-bila.

Lagu ni simple je tapi part 'kami ingat setiap masa jasa guru mendidik bangsa' tu memang feeling cikgu terus menyelinap masuk sepenuhnya dalam diri. Rasa semangat nak mendidik anak bangsa menggunung tinggi sebab saya sedar tugas mendidik bukannya tanggungjawab yang mudah. Kita telah dipilih oleh Allah untuk membentuk sahsiah dan mentarbiyah generasi akan datang yang bakal mentadbir dunia. Amanah itu di bahu kita. Selamat beramal~

p/s: nak berjaya kene sabar! hehe... fiza, bersabarlah dalam mendidik! *murid-murid semua tu tatabahasa lingkup...murid-murid dah ramai..so semua tu x perlu guna ye ceikgu fieza*haha


conteng-conteng dinding

Time kat sekolah dulu, saya penah join group 'pelajar conteng dinding'. Cikgu pendidikan seni kitorang masa tu adalah Pn. Yong. Dia sangat terer lukis-lukis ni. Disebabkan saya sangat minat melukis so saya selalu tak sabar tunggu Pn. Yong masuk kelas. Rasa macam tak sempat buat apa-apa time kelas dia. Sejam rasa cam 5 minit. Haizzz.

Minat melukis ni datang dalam diri saya sejak sy kecik lagi. Masa skolah rendah penah la beberapa kali menang pertandingan melukis peringkat Daerah. Tapi tak pegi jauh pon. Sebab time sekolah menengah saya tak berapa nak menceburi bidang ni. Masa tu kalo lukis je mesti nangis sebab rindu mak yang jauh di mata. Saya dulu blaja kat boarding school nun jauh di Negeri Sembilan. Masa saya kecik2, mak saya yang banyak ajar saya melukis. Bila dia jauh, saya taknak melukis sebab saya rindu gile2 die bila saya lukis. Tapi saya suke sebab lukisan saya penah la kene tampal dekat board "Pendidikan Seni'. Haha. Budak2 biasala kan. Kononnya suka la bila org appreciate keje halus dia. Hakhak. So sy nanti bila ngaja saya pon nak tampal2 hasil kerja plajar saya kat notice board. Siyes leh galakkan mereka mencintai kerja yang mereka lakukan. Lepas dah habis sekolah, saya penah pegi balik ke sekolah tu buat program ngan adik-adik. Dan saya tgk kat bilik sejarah sekolah, ada satu lukisan saya di framekan! muahahaha..suke suke suke! ~gambar waterfall~
Bila saya pergi praktikal kat SMK Seri Permaisuri, saya dapat peluang conteng2 dinding lagi! Walopon tak berapa yakin nak buat mural sebab dah lame tak melukis tapi tak pe lah. Saya dan teman seperjuangan, Aishah cuba berikan usaha yang terbaik semampu kami dan inilah hasilnya...

Kononnya bunga orkid..huahua


Ni hampir siap pada hari ke-3

Siap pada hari ke-4! Meninggalkan kenangan istimewa kami buat warga SMKSP! 
Hasilnya takda lah macam pro. Hak hak... Tapi kami cuba 'sebaik semampuku...' ecehhhh :)

p/s: Teringin nak belaja lukis secara formal! :) Macam pakcik Manza dll. Nanti kalo berkesempatan sy tulis pasal pakcik Manza (kwn mak saya time kat maktab) dan lukisan-lukisannya! 

tak KENAL maka tak CINTA

Jom jom kita berkenalan. Saya ni dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu. Lebih tepat lg..saya lahir dekat Dungun tapi saya membesar dekat Marang. Dungun dengan Marang ni dekat je sebenarnya. Mukim seblah2 je. Kalau nak diikutkan rumah yang saya diami sekarang ni lebih dekat dengan pekan Dungun berbanding dengan pekan Marang tapi dah pejabat tanah letak kampung saya dalam mukim Marang... maka beralamatlah saya di Marang. Kampung saya, Kampung Jambu Bongkok (namanya mcm pelik tp UNIK okeh! haha) kiranya sempadan la antara Marang ngan Dungun. Haa...tgk ni mesti lagi paham.

yang bertanda A tu kampung gua saya

Penah melawat Terengganu?? Meh la... datang Terengganu Tranung! Kalo datang jgn lupa roger2 gua saya eh! :) Apa yang bestnya Tranung ni....adalah kawasan pantainya yang memanjang dari Kemaman sehingga ke Besut. Korang Kamu-kamu boleh menikmati pemandangan pantai yang indah sepanjang perjalanan Kemaman-Besut. Jalan raya kat sini kebanyakannya super LURuS je. Dia punya lurus tu sampai tahap leh potong 15 kereta sekaligus! Jadi biasanya semua orang nak bawak kete laju2 walaupon dalam kawasan kampung. Sangat perlu berhati-hati ketika memandu ye sahabat2! Sebab tu la kot saya CUAK nak bawak kete! Muahahahahaha...Ada lesen tp gila tak brani nk pegang stereng...ketaq pale lutut. Haizz.

Ni la design rumah kat kg saya. 99% didiami oleh nelayan pesisir pantai.

 Mandi manda...

Pemandangan tepi pantai

Ombak disember

Pulau Kapas
Kala senja
Cantikkan kampung saya? Hehe. Kalau korang datang Terengganu, nanti boleh la nak melawat tempat2 yang standart pelancong pergi macam Taman Tamadun Islam (TTI) yang ada banyak replika masjid2 terkenal seluruh dunia tu, dan yang paling orang nak tengok adalah masjid kristal. Saya penah la jugak sampai situ beberapa kali. Boleh la shoot gambar cantik2! Lepas tu boleh pegi Muzium Negeri Terengganu gak. Biasanya budak2 sekolah yang ramai datang situ time cuti sekolah.

saya x jumpa gambar saya kat sini..cilok dr pakcik google yolah~
Muzium Negeri Trg..tak jumpa pic sy kat sane..pinjam je lah pic org!
 
Kalo datang Tranung ni tak sah kalo korang tak cuba keropok lekor dia. Memang berbaloi-baloi. Biasanya mak saya beli keropok lekor ni dekat Bukit Tok Beng (BTB), jalan nak ke Lapangan Terbang KT. Kalo korang datang sini, terpaksa beratur panjang untuk beli keropok lekor diorang. Siap ada nombor giliran mcm kat pejabat pos. Selain BTB, korang boleh cuba keropok dekat 008 Kelulut dan Losong. Kat situ pon boleh tahan gak lah. Sedap! Tapi kalau dekat kawasan lain, mungkin tak sesedap dekat tiga tempat ni.

Keropok lekor!!!
Lagi satu makanan yang susah nak cari kat tempat lain ialah sata. Kalo korang teringin nak makan sata, boleh la pegi Kuala Kemaman. Kat situ banyak gile orang jual SATA. SATA ni dibuat daripada ikan dan dibungkus dalam daun pisang. Mesti cuba! :)

SATA (gambar dr blog awang@dungun..pinjam ye)


p/s: Nanti buatlah lawatan sambil belajar ke TRG.. :p


Tujuan berBlogging

Diri ini bakal melangkah ke alam pekerjaan iaitu alam guru. .cekgu... pendidik... teacher... muallim... sensei... sonsaengnim... enseignant (eh..ni x sure...sape reti perancis? saya sudah lupa!hekhek~) Tak kiralah apa pon gelarannya..yang pasti tugas saya adalah untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dan harmoni baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. cewahhh..hehe...ni sapa pon yang bergelar guru pasti tahu..FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN! ~gua saya hapal gile2 ni time nk interview kat BTPN Pengkalan Chepa hari tu..2 NOV 2010 dlm kenangan, hakhak~

Kiranya saya buat blog ini adalah untuk berkongsi kisah hidup saya bergelumang dengan tugas2 seorang guru apabila saya menjawat jawatan guru di sekolah yang bakal dipostingkan nanti. Besar harapan saya semoga saya ni dipostingkan di tempat yang paling baik buat saya untuk belajar menjadi cikgu yang berjiwa waja, berdedikasi dan penuh inspirasi. Semoga Allah memberikan permulaan yang baik buat diri saya dan sahabat2. Doakan saya ye sahabat2!

Semoga juga perkongsian ini memberikan manfaat buat pembacanya. Agar diri diberi kekuatan mengharungi cabaran dan dugaan serta karenah anak remaja zaman baru ini. Persiapkan diri untuk bermujahadah di jalan perjuangan ini...apa pun yang berlaku...teruslah mara ke hadapan..usah berpaling terus berputus asa..sebaliknya...teruskan dgn penuh yakin! HIMNEJA cinguya! hihi

Gua Saya dan kak jannah ketika LM