Tuesday, March 1, 2011

i am back!

Terlalu banyak untuk dikongsi tapi tak berkesempatan menulis kerana internet access is not available YET. Mungkin beberapa bulan lagi baru boleh dapatkan perkhidmatan internet. Mungkin broadband. Mungkin Streamyx. hehe.

Thursday, February 3, 2011

buku rekod mengajar~~

Apakah itu buku rekod mengajar?

Nanti dah masuk sekolah, saya akan dapat satu buku rekod mengajar. Buku ni sangat penting buat seseorang guru terutamanya guru-guru freshie macam saya. Ayah saya selalu pesan, penuhkan dan isi semua bahagian yang ada dalam buku rekod tersebut. Bahagian belakang buku tu penting untuk diisi dengan semua nama pelajar dari kelas-kelas yang diajar. Semua rekod markah untuk setiap ujian yang dibuat hendaklah dicatatkan.

Sesetengah cikgu memandang ringan akan tugas ini padahal semua yang terkandung di dalam buku rekod tersebut adalah bukti kita menjalankan tugas kita sebagai seorang guru. Buku rekod ni ibarat nyawa kita la. Nak tanak kita kene tulis jugak. Walau terer macam mana pon kita mengajar tapi kalau tak mencatat rancangan pelajaran harian, ia adalah satu kesalahan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Dalam buku rekod ni biasanya akan ada; biodata guru, senarai tugas, catatan kehadiran kursus/mesyuarat/taklimat, jadual waktu, senarai buku teks murid, senarai buku rujukan guru, rancangan pelajaran tahunan, rancangan pelajaran harian, dan rekod kemajuan pelajar. Pesan lecturer saya masa Latihan Mengajar, Prof. Madya Dr. Sharifah Norul Akmar, rancangan pelajaran tahunan adalah sangat penting untuk merancang P&P harian. Perkara pertama yang guru perlu buat sebelum mula mengajar adalah perancangan pelajaran tahunan. Di kebanyakan sekolah, perancangan pelajaran tahunan ini telah disediakan oleh panitia. Jadi pada awal tahun, guru-guru akan dibekalkan dengan rancangan pelajaran tahunan tersebut dan biasanya, ia difailkan. Kemas dan mudah dirujuk. So, kalo sekolah tu tak menyediakan rancangan tahunan, kita kena la buat sendiri berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh pusat perkembangan kurikulum.

Dan pesan mak saya, jangan menangguh tulis buku rekod. Kalau tiada sesiapa datang observe, anda bernasib baik tetapi kalo nazir datang ke sekolah and buat 'surprise'... Masaklah anda! Huahuahua. Nampak kecik tapi impak besar punya. Papepon, tulislah buku rekod sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Siapkan terlalu awal pon tak boleh. Sebab kadang2 kita tak sempat nak ajar seperti yang dirancangkan atas banyak faktor terutamanya bagi masa-masa pertama selepas perhimpunan. Dan mungkin juga ade kelas yang dibatalkan atas sebab2 tertentu.

Maka, sebagai seorang guru, marilah kita sama2 bersahabat dengan buku rekod mengajar. Semoga usaha yang kita taburkan diberkati Allah dan memberi kebaikan kepada orang lain. Moga kita dapat melaksanakan tugas ini dengan jayanya. :)

p/s: Jangan malas tulis buku rekod! Walopon mengulang mende sama je untuk berpuluh-puluh tahun... tetap kene tulis jugak! Yang paling penting, jangan menangguh tulis buku rekod. Nanti setiap hari Jumaat kene balik lambat. Haha.

Wednesday, February 2, 2011

Tempat Baru

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.

Perkara pertama skali yang saya buat bila dapat tahu sekolah mana yang saya bakal ditempatkan minggu depan... saya terus tengok google map. Sebab saya tataw peta johor ni. Pasir gudang tu kat bahagian mana? Dekat dengan daerah apa? Kawasan kampung ke bandar ke? Kawasan penduduk padat ke? Senang nak cari rumah ke? Kalo kat bandar, sewa rumah mesti mahal sket. Kan? Kawasan mana mana mana? Hehe... Seribu persoalan kot menjengah fikiran sy.Meh kita tengok lokasinya di mana. Dengarnya bukan kawasan banjir. Alhamdulillah.

Yang bertanda A tu sekolahnya. :)

Haaa... Tu la dia SMKDPT. Dekat Jalan Masai Lama. Taman yang berdekatan adalah Taman Rinting. What??? Taman Rinting??? Kenapakah??? Nak taw tak? Hari tu kan masa saya duk godek2 FB sambil goyang-goyang kaki time menganggur tetibe terjumpa satu notes " Himpunan 7 kisah mistik sekitar JB". I pon KLIK la dan BACE dari A sampai Z. Sebab baca cite2 hantu ni kan FEEL. Huahuahua. Cite die mmg best. Boleh kata diceritakan kisah2 tersebut dengan sangat detail. Walopon tak pernah sampai tempat tu tapi boleh terbayang la cemana tempat2 yang diceritakan tu dan yang paling penting, dari 7 kisah tu... salah satunya adalah 'Misteri Banglo hilang di Taman Rinting!'. Hahahaha. Hamek ko! Baca la lagi. Masa tu tataw plak i akan di POSTINGkan ke JB kan. Nasib la. Tapi seram tu mmg la ade... tapi tapi nak buat cemana kan? Hahaha... Lu pikir lah sendiri. Hadei... nasik dah jd bubur... nape bace nape bace!

Lepas tengok google map ni, macam biasa lah, macam korang2 buat jugak... Apa lagi kalo bukan memberitahu alam semesta bahawa saya telah dipostingkan ke sekolah berkenaan. Tulis dengan capital letter lagi kat wall post tu. Wakaka. Fedulik lah... I nak kawan2 i tahu yang i ni telah dicampakkan ke Masai, Johor. Sape2 yang nak lepak JB lepas ni, silalah roger2 saya sebab saya ni bujang lagi. Nak ajak saya gi mana2 pon... iA, boleh dipertimbangkan. Haha.

Perasaan CUAK ni membuak-buak mcm Gunung Merapi memancutkan laharnya. Huahuahua. Masa tataw nama sekolah lagi, kurang sket perasaan cuak tu sebab tak rasa REAL pon lg. Tapi bila tahu skolah terus....ZAPPPPPPPPPPP...dup dap dup dap jantung i. Apa nak buat ni kat kelas nanti? Kene ngaja apa la ni? Sekolah ni ok ke tak? Cikgu2 die okay ke tak? Pelajar die okay ke tak? Haaaaaaaaaaa... baru banyak mende boleh pk kan. Haha. Mmg CUAKsss. Tetibe kan...banyak gile 'tetibe' tapi memang banyak kebetulan lah...mcm cite korea plak. Saya dapat tahu senior saya kat SMAPLABU dulu sedang mengajar di SMKDPT sekarang. So kurangla sikit rasa cuak tu. Walaupun masa di SMAPLABU dulu kami bukanlah kamcing, setakat kenal dari jauh je tapi org kate ONCE SMAPIAN OWAYZ SMAPIAN... Haha. Bila kuar sekolah, jumpa SMAPIAN je die macam ada satu aura tu. Tak kenal pon takpe asal SMAPIAN mesti rasa mcm kenal2 je. Bolehhhhhhhh?? Huha. Alhamdulillah, terus settle pasal rumah sewa. Kak MUN cakap boleh duduk serumah ngan dia tp buat masa ni kene duduk sebilik berdua dulu. Nanti Kak Mun nak pindah dah sebab die nak kawen dah so lepas ni boleh duduk bilik sorang2. Satu bilik RM150 sebulan. So duduk berdua kira RM75 je la sebulan. Nanti bil api+ air bahagi empat sebab rumah tu ade 3 bilik. Sorang satu bilik. So nanti i duduk sebilik ngan seorang ustazah di SMKDPT. Menurut kak Mun lg, ustazah tu pon baru je posting nov 2010 lepas. Alhamdulillah. Syukur sangat2. Berkat doa mak abah, saudaramara, dan sahabat handai semoga segala urusan Allah permudahkan. Terima Kasih atas doa kalian. Kita memang kene yakin selalu bahawa Allah sentiasa mendengar doa kita. Doa itu senjata mukmin. Allah pon ade berpesan, ud'uni istajib lakum... Berdoalah kepadaKU nescaya akan aku makbulkan. :) Marilah sama2 kita berdoa dalam susah dan senang.

Kak Mun kata lagi, dari rumah sewa tu boleh jalan kaki aje ke sekolah. Alhamdulillah. Ini bermakna selesai jugalah masalah transport. Sebabnya saya memang tak ada transport lagi buat masa ini. Kalo jauh terpaksalah naik bas. Bila dah dapat rumah dekat mcm ni, tak payah la fikir pasal belanja tambang bas dah. Rumah sewa tu dekat Taman Rinting. Semoga Allah memberikan kemudahan dan keberkatan kepada kita semua dalam langkah pertama memulakan kerjaya yang mulia ini. :) Semangat yang berkobar2 ini haruslah kita kekalkan hingga titisan darah terakhir. Berjuang di bidang perguruan ini demi ISLAM tercinta. Semoga Allah menunjukkan jalan-jalan yang lurus buat kita semua. Marilah kita sama2 menyemai bakti dan mempersiapkan diri demi kemajuan ummah. Anak-anak hari ini adalah pemimpin masa hadapan. :) Coraklah mereka menjadi insan berkualiti. Saya belom tahu alamat rumah tu sebab masa saya mintak addressnya dengan kak Mun, kak Mun cakap nanti dah sampai Masai, call dia. Nanti dia jemput. Terharu okeh. Terima kasih Kak Mun. Jasamu kukenang.


Apa lagi saya buat lepas tu? Saya google pasal SMKDPT ni sebab mak ayah saya bagitahu, menurut kawan-kawan mereka, SMKDPT ni merupakan skolah kawalan kat Johor. Skolah kawalan ni adalah skolah yang murid-muridnya adalah dipilih. Terus naik meter nervous i. Cemana nak ajar budak2 pandai ni? Banyak bende dah lupa. Kene baca banyak ni pasni. Apepon, kita tunggu nanti. Kita akan tahu adakah sekolah tu secemerlang yang disangka-sangka. Hehe.

Tapi saya ada satu masalah ni. Masalah ragu2. Dengan hanya menalipon tanpa ade surat hitam putih, sy jadi x pasti. PASTi betul ke ni aku akan ditempatkan di skolah tu? Betul ke org JPN yg bace nama sekolah tu td? Huha. Mmg suka pk macam2. Sebab tu dahi asek berkerut-kerut. Muka mendung tanpa cahaya. Cepat tua nanti. Huahuahua.

p/s: Selamat bertugas buat sahabat-sahabat sekalian. :) fiamanillah wa bitaqwallah daiman...

Tuesday, January 25, 2011

jom nyanyi dengan penuh patriotisme

Masa bersekolah, waktu pagi-pagi tu memang sangat meriah. Setiap pagi akan berkumpul di dataran depan mercu tangga. Setiap pagi menjadi rutin membaca asma ul husna. Selesai asma ul husna, nyanyi lagu negaraku, lagu negeri sembilan and lagu sekolah. Ayah saya cakap sekarang kene nyanyi lagi satu lagu... Malaysia berjaya.

Lagu sekolah saya dulu best. Haha. Lagu Negeri sembilan pon best. :) Tapi selalu kene tegur dengan ayahanda Tuan pengetua Haji Mat Yunoh bin Dollah tang bacaan asma ulhusna. Beliau nak kami sume baca dengan perfect. Eh eh. Rindu sekolah lama lah. Huhu.

Kali ni saya perlu tahu lagu Johor plak. Masa praktikal nyanyi lagu Wilayah Persekutuan. Best! Hehe. Jom berkenalan ngan lagu Johor.



Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Owh. Macam ni rupanya lagu johor ni. Hehe. Meh dengar lagu Malaysia berjaya plak.

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

p/s: Hehe. Nyanyi-nyanyi lagu kebangsaan ni biasanya pelajar2 tak suka sangat. Tapi kalo nyanyi lagu Justin Bieber... br semangat! Hakhak

Monday, January 24, 2011

Persiapan Awal~Himneja!!

Saya akan mula berkhidmat sebagai  guru pada 7 feb 2011. Tarikh yang bersejarah buat saya. Bakal berkhidmat di Johor Darul Takzim bersama beberapa orang lagi rakan-rakan dari UM yang lain especially teman rapat Aishah dan Yuni memberi sedikit kekuatan kepada saya untuk survive kat sana nanti. Perasaan saya sekarang bercampur baur. Gembira sebab diberi rezki dan peluang menjadi guru, sedih sebab kene tinggal keluarga lagi-lagilah bila dah lama duduk rumah lepas tamat pengajian hari tu.

Sebelum memulakan perjalanan baru dalam hidup ini, eloklah kiranya kita bermuhasabah dan memperbaiki niat agar kita tidak melakukan sesuatu  pekerjaan dengan sia-sia. Saya harap saya KUAT untuk menempuh segala cabaran yang mendatang! Sentiasa ikhlas dalam mendidik dan menyampaikan ilmu serta sentiasa memperbaiki kelemahan diri. Semoga dipertemukan dengan orang-orang yang senang dengan kita dan persekitaran yang menggalakkan diri untuk terus maju. Dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang boleh memberi tunjuk ajar dan sentiasa ingat-mengingatkan diri ini ke jalan Allah.


My Lord show me right from wrong... Give me light make me strong... I know the road is long... Make me strong!!

p/s: Tawakkal kepada Allah menguatkan jiwa. :)

Sunday, January 23, 2011

Surprise~jeng jeng jeng!

Jarum panjang jam menunjukkan tepat ke angka 9. Saya tercongok atas katil, sambil gosok-gosok mata dengan belakang tangan. Dah keluar agaknya penempatan GSST ni. Kalo dikira-kira, opis bukak pukul 8: 30 pagi. Macam mana kalo sama jugak macam hari-hari yang lepas. Dengan semangat berkobar-kobar saya menuju laptop. Laju je jari-jari gemuk ini menari-nari type dekat google search engine 'KPM'. Tak pernah bookmark website tu. Hati berdebar-debar macam kenderaan mahu perang~haha, lagu mende tah merepek! Tapi setiap kali itu jugak la menghampakan sampaikan saya ni dah hafal la home website kpm ni. Siap leh lukis balik tanpa tengok! Kahkah. Boleh geleng kepala sajalah. Apakan daya hamba manusia lemah tak punya kuasa. Memang sedih je kalo fikir. Tapi tak apa. Orang kata hidup jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah. Berusahalah bersungguh-sungguh nescaya takkan dipersiakan. Dengan sisa semangat keguruan yang ada, saya bangun dari katil empuk tu, terus menuju laptop kesayangan. Tak sempat gosok gigi pon. Takut nanti ketinggalan. Haha. Pengotor! Seperti biasa... dengan lafaz bismillah saya on laptop. Bibir dah mengukir senyuman dah. Hati penuh pengharapan. Ada laa kali ni. Ada laaa... Pliz! Bukak2 je..
TAKDE! 
Takde lagi ke? Buat suspen je KPM ni. NI mesti petang2 sket ni. Bersabar lah wahai jiwa yg kacau bilau. Memang jiwa kacau pon selagi tak dapat posting ni! Penting tahu posting ni.

Kecoh kat FaceBook pasal penempatan ni. Semua bengang kalaulah taktahu jugak hari ini, pasti melunturkan semangat membara kami. Semua orang eksaited nak tahu sebab memang tak sabar nak berkhidmat kot. Haha. Berkat kesabaran... Dalam pukul 10 lebih... maka dapat la tahu kat mane. Kat mane?? Kat mane?? Kat mane?? Jeng jeng jeng.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jauh gila ngan rumah saya...tapi kene pasrah ape pon ketetapan Allah. Fighting fieza! Himneja!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





JOHOR darul takzim. Here I come! Ya Allah, andai ini yang terbaik untukku, aku pasrah segalanya kepadamu. Aku bersyukur dengan rahmat dan limpahan kurniaMu. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku semenjak aku kecil. Kurniakan kesihatan yang baik buat kedua-dua mereka. Aku berserah kepadaMu segala urusan ku. Permudahkanlah ke atas ku urusanku selepas ini. Amin ya rabbal 'alamin.

p/s: Sahabat2, doakan semoga saya cemerlang di skolah baru. Saya butuh doa kalian. Terima kasih.

cikgu dan unsur kecindan

Anda bersetuju tak kalo orang cakap guru yang selalu diminati dan diingati murid adalah guru yang mempunyai unsur kecindan? Unsur kecindan bermaksud unsur jenaka. Guru-guru yang mempunyai unsur jenaka ni biasanya lebih disenangi dan lebih mudah didekati murid berbanding guru yang sangat serius dan sentiasa bermasam muka. Biasanya orang yang bersifat jenaka ni suka tersenyum dan nampak periang.

Teringat saya pada cikgu-cikgu saya yang boleh dikatakan lawak la dulu. Kadang-kadang belum sempat diorang berkata-kata pon kami dah gelak. Mimik muka dan gaya dia mengajar pon dah lawak. Kalo dia berkata-kata lagi la kami gelak. Tapi takde lah setiap masa gelak je. Ada waktu dan ketikanya. Unsur kecindan ni penting untuk menarik minat murid dalam kelas. Nak bagi mereka fokus dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada cikgu yang sedang mengajar. Kadang-kadang dalam kelas pelajar rasa mengantuk bila terpaksa mendengar dan menerima sahaja terutama apabila cikgu sedang menggunakan lecture method untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka adalah baik untuk cikgu menyelitkan lawak jenaka yang boleh menghalang pelajar daripada tertidur dan memastikan mereka terus memberikan perhatian dan mendengar dengan baik.

Unsur jenaka juga boleh membantu murid untuk meningkatkan kefahaman, memperbaiki sikap murid terhadap mata pelajaran, mengurangkan tekanan dan kebimbangan, meningkatkan motivasi murid dan memberikan kepuasan kepada murid. James (2001) menjelaskan bahawa jenaka boleh meningkatkan perhatian dan keseronokan belajar, membantu mengekalkan ingatan. Cikgu yang mengamalkannya boleh dianggap sebagai mempunyai salah satu daripada ciri cikgu yang berkesan.

Jenaka ni tak boleh dibuat-buat dan dipaksa-paksa. Nanti jadi 'anak biawak dalam baldi, buat lawak tak jadi'. Hehe. Unsur jenaka ni boleh hadir dalam diri setiap cikgu secara semulajadi apabila cikgu tersebut meminati  kerjayanya dan rasa seronok mengajar. Tapikan, cikgu boleh je belajar berjenaka. Cikgu boleh merancang untuk melakukan jenaka di dalam kelas tetapi harus lah memastikan jenaka tersebut adalah relevan. Jangan nanti cikgunya aje yang terkekeh-kekeh sorang-sorang. Takde maknanya okay. Nanti murid pon kesian kat kite. Hallamak..nak gelak ke tanak ni... kang x gelak cikgu kecik hati plak. Huha~

Cikgu boleh berjenaka dengan murid kalo nak mendorong mereka buat sesuatu yang mereka tak berapa nak minat. Dengan berjenaka mungkin boleh menyuntik semangat dan minat dalam diri mereka sebab mereka akan rasa lebih kamceng dengan cikgu. Kalo cikgu nak tegur kesalahan murid pon boleh guna unsur jenaka ni supaya murid tak terguris dan rasa diperlekehkan di hadapan rakan-rakan mereka.

Bila cikgu berjenaka, tak semestinya murid2 die gelak sampai guling2! Cukuplah sekadar diorang tersenyum-senyum.Kalau dah sampai gelak guling2 tu dah tak relevan da tu. Itu menganggu proses pembelajaran plak. Seingat saya kan, kalo kat sekolah saya dulu, budak pompuan memang tak gelak kuat-kuat. Untuk gelak-gelak ni memang budak lelaki la yang conquer. Kalau cikgu berjaya buat lawak yang memang mencuit hati dan konpem kitorang tak tido lam kelas die adalah lawak yang dapat menghasilkan gelak 2 harakat. Gelak tu kuat gila tapi pendek je. Haahaa! Pastu terus diam macam malaikat lalu kat sebelah kelas. Saya pon tataw kenape macam tu tapi hakikatnya memang macam tu pon. Tapi kene lawak yang memang lawak laa. Setakat jenaka buat2 ni... memang tak berkesan. Hehe.

Namun begitu, sebagai cikgu kita haruslah mengelak dari membuat jenaka yang memberi kesan negatif seperti jenaka yang boleh mengguris hati dan memalukan murid. Kalo agak2 lawak kita tu boleh merendah-rendahkan murid, baik simpan je lawak kita tuh. Tak payah bgtaw mereka. Selamat! Lebih baik takde jenaka daripada berjenaka ntah hape hape.

p/s: Buat jenaka yang bermotivasi mungkin membantu membina keyakinan diri pelajar dan meninggalkan kesan yg positif kepada mereka.