Thursday, February 3, 2011

buku rekod mengajar~~

Apakah itu buku rekod mengajar?

Nanti dah masuk sekolah, saya akan dapat satu buku rekod mengajar. Buku ni sangat penting buat seseorang guru terutamanya guru-guru freshie macam saya. Ayah saya selalu pesan, penuhkan dan isi semua bahagian yang ada dalam buku rekod tersebut. Bahagian belakang buku tu penting untuk diisi dengan semua nama pelajar dari kelas-kelas yang diajar. Semua rekod markah untuk setiap ujian yang dibuat hendaklah dicatatkan.

Sesetengah cikgu memandang ringan akan tugas ini padahal semua yang terkandung di dalam buku rekod tersebut adalah bukti kita menjalankan tugas kita sebagai seorang guru. Buku rekod ni ibarat nyawa kita la. Nak tanak kita kene tulis jugak. Walau terer macam mana pon kita mengajar tapi kalau tak mencatat rancangan pelajaran harian, ia adalah satu kesalahan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Dalam buku rekod ni biasanya akan ada; biodata guru, senarai tugas, catatan kehadiran kursus/mesyuarat/taklimat, jadual waktu, senarai buku teks murid, senarai buku rujukan guru, rancangan pelajaran tahunan, rancangan pelajaran harian, dan rekod kemajuan pelajar. Pesan lecturer saya masa Latihan Mengajar, Prof. Madya Dr. Sharifah Norul Akmar, rancangan pelajaran tahunan adalah sangat penting untuk merancang P&P harian. Perkara pertama yang guru perlu buat sebelum mula mengajar adalah perancangan pelajaran tahunan. Di kebanyakan sekolah, perancangan pelajaran tahunan ini telah disediakan oleh panitia. Jadi pada awal tahun, guru-guru akan dibekalkan dengan rancangan pelajaran tahunan tersebut dan biasanya, ia difailkan. Kemas dan mudah dirujuk. So, kalo sekolah tu tak menyediakan rancangan tahunan, kita kena la buat sendiri berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh pusat perkembangan kurikulum.

Dan pesan mak saya, jangan menangguh tulis buku rekod. Kalau tiada sesiapa datang observe, anda bernasib baik tetapi kalo nazir datang ke sekolah and buat 'surprise'... Masaklah anda! Huahuahua. Nampak kecik tapi impak besar punya. Papepon, tulislah buku rekod sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Siapkan terlalu awal pon tak boleh. Sebab kadang2 kita tak sempat nak ajar seperti yang dirancangkan atas banyak faktor terutamanya bagi masa-masa pertama selepas perhimpunan. Dan mungkin juga ade kelas yang dibatalkan atas sebab2 tertentu.

Maka, sebagai seorang guru, marilah kita sama2 bersahabat dengan buku rekod mengajar. Semoga usaha yang kita taburkan diberkati Allah dan memberi kebaikan kepada orang lain. Moga kita dapat melaksanakan tugas ini dengan jayanya. :)

p/s: Jangan malas tulis buku rekod! Walopon mengulang mende sama je untuk berpuluh-puluh tahun... tetap kene tulis jugak! Yang paling penting, jangan menangguh tulis buku rekod. Nanti setiap hari Jumaat kene balik lambat. Haha.

1 comment:

  1. hheee...btul! mmg kene tulis BEFORE masuk kelas, nama pon rancangan kan..tp rmai je cg kat tmpt prctcl aq aritu buat after masuk kelas...huhu..hehee..then hari khamis kalut menulis pon ade gak..hehee...aq pon tulis after kelas dlm buku rekod UM aritu..huhu..hehee...then jgn lupa bwk ke kelas setiap kali kite mengajar~ hehee..setiap kali!
    mari sama2 beringat!
    berat kot buku tu...hehee...layankan aje~

    ReplyDelete