Sunday, January 23, 2011

cikgu dan unsur kecindan

Anda bersetuju tak kalo orang cakap guru yang selalu diminati dan diingati murid adalah guru yang mempunyai unsur kecindan? Unsur kecindan bermaksud unsur jenaka. Guru-guru yang mempunyai unsur jenaka ni biasanya lebih disenangi dan lebih mudah didekati murid berbanding guru yang sangat serius dan sentiasa bermasam muka. Biasanya orang yang bersifat jenaka ni suka tersenyum dan nampak periang.

Teringat saya pada cikgu-cikgu saya yang boleh dikatakan lawak la dulu. Kadang-kadang belum sempat diorang berkata-kata pon kami dah gelak. Mimik muka dan gaya dia mengajar pon dah lawak. Kalo dia berkata-kata lagi la kami gelak. Tapi takde lah setiap masa gelak je. Ada waktu dan ketikanya. Unsur kecindan ni penting untuk menarik minat murid dalam kelas. Nak bagi mereka fokus dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada cikgu yang sedang mengajar. Kadang-kadang dalam kelas pelajar rasa mengantuk bila terpaksa mendengar dan menerima sahaja terutama apabila cikgu sedang menggunakan lecture method untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka adalah baik untuk cikgu menyelitkan lawak jenaka yang boleh menghalang pelajar daripada tertidur dan memastikan mereka terus memberikan perhatian dan mendengar dengan baik.

Unsur jenaka juga boleh membantu murid untuk meningkatkan kefahaman, memperbaiki sikap murid terhadap mata pelajaran, mengurangkan tekanan dan kebimbangan, meningkatkan motivasi murid dan memberikan kepuasan kepada murid. James (2001) menjelaskan bahawa jenaka boleh meningkatkan perhatian dan keseronokan belajar, membantu mengekalkan ingatan. Cikgu yang mengamalkannya boleh dianggap sebagai mempunyai salah satu daripada ciri cikgu yang berkesan.

Jenaka ni tak boleh dibuat-buat dan dipaksa-paksa. Nanti jadi 'anak biawak dalam baldi, buat lawak tak jadi'. Hehe. Unsur jenaka ni boleh hadir dalam diri setiap cikgu secara semulajadi apabila cikgu tersebut meminati  kerjayanya dan rasa seronok mengajar. Tapikan, cikgu boleh je belajar berjenaka. Cikgu boleh merancang untuk melakukan jenaka di dalam kelas tetapi harus lah memastikan jenaka tersebut adalah relevan. Jangan nanti cikgunya aje yang terkekeh-kekeh sorang-sorang. Takde maknanya okay. Nanti murid pon kesian kat kite. Hallamak..nak gelak ke tanak ni... kang x gelak cikgu kecik hati plak. Huha~

Cikgu boleh berjenaka dengan murid kalo nak mendorong mereka buat sesuatu yang mereka tak berapa nak minat. Dengan berjenaka mungkin boleh menyuntik semangat dan minat dalam diri mereka sebab mereka akan rasa lebih kamceng dengan cikgu. Kalo cikgu nak tegur kesalahan murid pon boleh guna unsur jenaka ni supaya murid tak terguris dan rasa diperlekehkan di hadapan rakan-rakan mereka.

Bila cikgu berjenaka, tak semestinya murid2 die gelak sampai guling2! Cukuplah sekadar diorang tersenyum-senyum.Kalau dah sampai gelak guling2 tu dah tak relevan da tu. Itu menganggu proses pembelajaran plak. Seingat saya kan, kalo kat sekolah saya dulu, budak pompuan memang tak gelak kuat-kuat. Untuk gelak-gelak ni memang budak lelaki la yang conquer. Kalau cikgu berjaya buat lawak yang memang mencuit hati dan konpem kitorang tak tido lam kelas die adalah lawak yang dapat menghasilkan gelak 2 harakat. Gelak tu kuat gila tapi pendek je. Haahaa! Pastu terus diam macam malaikat lalu kat sebelah kelas. Saya pon tataw kenape macam tu tapi hakikatnya memang macam tu pon. Tapi kene lawak yang memang lawak laa. Setakat jenaka buat2 ni... memang tak berkesan. Hehe.

Namun begitu, sebagai cikgu kita haruslah mengelak dari membuat jenaka yang memberi kesan negatif seperti jenaka yang boleh mengguris hati dan memalukan murid. Kalo agak2 lawak kita tu boleh merendah-rendahkan murid, baik simpan je lawak kita tuh. Tak payah bgtaw mereka. Selamat! Lebih baik takde jenaka daripada berjenaka ntah hape hape.

p/s: Buat jenaka yang bermotivasi mungkin membantu membina keyakinan diri pelajar dan meninggalkan kesan yg positif kepada mereka.

4 comments:

  1. kadang2 aku rasa aku tak buat lawak pun tapi students aku senyum2 gak. Last2 tu diorang kasi komen yang aku ni macam ngajar budak tadika sebab selalu buat mimik muka and selalu kasi penghargaan (suruh tepuk tangan ramai2 kalau kawan dapt jwb soalan, buat senaman dalam kelas kalau ngantuk etc etc..)

    aku rasa, nak handle students ni ada 2 cara je. samada we act like their friends or we act like their parent(ni sesuai utk cikgu2 berumur sikit). never keluarkan ayat macam 'saya ni cikgu awak, so kena hormat saya. bila saya kasi kerja, kena buat'or ayat2 yang bermaksud sedemikian.

    kita kena beli hati diorang dgn cara paling discrete yang diorang tak sedar kita tgh ambil hati diorang. macam umur baya2 kita ni, kita kena la jadi macam kawan diorang, kadang2 masa take 5 tu tanya la benda2 yg diorang minat, benda2/ gosip2 yg tgh hot kat sekolah or kita buat2 tak tahu sesuatu perkara yg agak2 diorang minat (pasal bola ke), and tanya kat diorang. maybe diorang akan rasa dihargai.

    maybe cara ni tak berkesan kat semua students, tp aku prefer cara ni =D

    ReplyDelete
  2. bella,
    selamat menjalankan tugas di Kuala Lumpur!

    Lyyn,
    betul2. Terima kasih krn berkongsi cara. Saya tertarik la ngan cara awak tu. Be their friends. So diorang akan rasa lebih selesa dan senang nak sempurnakan kerja yg kita bg. Selamat mengajar di KL lynn!

    ReplyDelete