Saturday, January 22, 2011

maggi dan shell


Korang suka masak tak? Saya takde la suka masak tapi kalo dah lapar gile, saya masak je simple-simple. Masakan yang paling selalu saya masak adalah ayam masak merah! Sebab kan ayam masak merah la konon2nya sedap untuk dimakan. Sampai suatu hari tu...

Adek: Kakak, adik balik doh! Adik nok gi skoloh mula kekgi pukol 3. Kakak masok mende tu?

Fieza: Owh..adek ade kelas lg eh? Kakak masok ayam meroh!

Adek: Ayam meroh lagi?

Fieza: Ermmmmm... Adek kan suka makan ayam masok meroh. Kekgi kakak kerja doh, takdok la oghang nok masok ke adek!

Adek: Hurmmmmm... Kalo kakak takdok lagi best... Makan lauk keda! Setiap hari ibu beli kat keda. Lagi berselara adek makang!

Fieza: Huh?

Wah wah wah... Dia tataw ke aku saya masak ni sedap? hahahaha~ Ade ke kate gitu? Adek adek... Dop sayang mulot sungguh! Haizz. Sekarang duk hostel...RASAKAN! kahkah...

Saya ni tengah riso menunggu dapat sekolah mana, kene ngaja apa? Semua tengah bermain di fikiran. Terengganu kah? Johor kah? Pahang kah? Perak kah? Nanti dah dapat sekolah, kene ajar ape pulak. Sebab saya tengok ramai je kawan-kawan saya yang tak dapat ngaja option. Macam saya Kimia-Matematik. Cemana kalo kene ajar KH? Haaaaaaaaaa... Kalo kene ajar KH pon saya suka. KH-ERT!!! Sebab kan kalo ajar KH nanti boleh la saya latih anak2 murid saya untuk masuk pertandingan memasak Maggie & Shell. Nak masuk pertandingan ni senang je. Mula-mula cikgu dan murid kene reka resepi yang terbaik dan paling banyak guna brand maggie. Shell x payah sebab shell ade gas masak je. Lepas tu bila resepi kita dah menang, kita akan terus bertanding untuk peringkat negeri. Hadiah dia best la jugak! Hadiah papepon tak kesah la kan, yang penting dapat menaikkan dan mengharumkan nama sekolah! Owyeahhh!

Saya ngan kenkawan saya, Balqis dan Dalila penah masuk pertandingan masak ni dulu masa form 3. Waktu tu banyak masa  terluang sebab baru lepas PMR. Alhamdulillah, cikgu memberi saya peluang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Tiada pemilihan pon masa tu cuma cikgu tanye siapa yang berminat sahaja. Jadi, setiap hari sebelum pertandingan tu kami berlatih masak dengan cikgu dekat bilik masakan ERT. Kami dibimbing oleh cikgu Mariza, cikgu ERT pd masa tu. Bermula dari penyediaan bahan sehinggalah kepada gubahan, kami diajar satu persatu. Masa tu tema dia adalah perayaan. Kami masak nasik minyak, ayam masak ape tah..tp mcm ayam masak merah + santan...lebih kurang rendang..lupa name die ape...lepas tu acar! Kemudian ade bubur kacang jugak. Masa tu saya ditugaskan masak nasi. Nasi die berwarna warni. Haha. Kemudian bekerjasama la buat perkara2 lain seperti gubahan semua tu. Lebih kurang seminggu kami berlatih. Pertandingan tu diadakan di SMK Tampin, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar cikgu dan hasil usaha gigih kami akhirnya kami berjaya mendapat johan! Best gile! Masa tu dapat bape hinggit tah. Tak ingat! Yang saya ingat dapat HAMPER maggie besar punye. Excited gile time tu. Masa diumumkan johan tu, kitorang terus peluk cikgu. Cium2 cikgu... Waaa... Kan best kalo saya pon boleh buat pelajar saya happy camtu.

Bersama guru pengiring tersayang, Puan Mariza.


Johan peringkat Negeri Sembilan

Kemenangan di peringkat negeri melayakkan kami untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Sofitel, Senai Johor. Semasa di Sofitel, kami diberi bilik yang ekslusif. Makan dengan sangat banyak kat sana sebab makan free. Makanan die sedap2! Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Guru pengiring kami turut bersama tapi cikgu saya dapat bilik asing. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. Pertandingan masak tu sehari je. Pada hari-hari lain kami dibawa melawat Johor. Seronok sangat sebab semua tu free. Pertandingan masak tu diadili oleh Chef Florence Tan ngan Chef Mail yang selalu keluar tv tu. Segan je bila diorang rasa masakan kitorang. Tapikan di peringkat kebangsaan ni saingan amat sengit. Kami hanya berjaya dapat tempat ke-5  daripada 14 buah pasukan dan dapat hadiah saguhati.

Sofitel Palm Golf Resort

Ni la die our well-known chef mail.

Ni plak chef Florence Tan
View dari atas kat sofitel.

Saguhati peringkat Kebangsaan. Yeay!


Walopon dapat saguhati sahaja tapi kami berpuas hati sebab kami dah buat yang terbaik untuk Negeri Sembilan dan sekolah kami. Terima kasih Cikgu Mariza kerana memberi peluang berharga ni kepada saya. Jasa cikgu saya kenang sampai bila2. 'Ya Allah, ampunkanlah dosa guru-guruku!'

p/s: Nanti dah jadi cikgu, libatkan lah pelajar-pelajar kita dengan pertandingan2 yang boleh menaikkan keyakinan diri mereka! Pasti mereka gembira. Dalam masa yang sama, pastikan juga akademiknya berjalan seiring! Chaiyyok2!!

2 comments:

  1. fewit~
    nak ngorat boleh. mak i soh cari calon yg pandai masak.lol :DD

    ReplyDelete
  2. nas, takda maknanya. Haha. Bukan pandai masak pon i ni.

    ReplyDelete