Saturday, January 22, 2011

ko tipu aku???

3:30 pagi

Saya bangun seawal ini untuk menyiapkan alat bantu mengajar bagi kelas 4SS2. Saya mengajar Sc Form 4 utk kelas tu. Kekangan masa amat mendesak saya untuk mengurangkan waktu tidur. Saya perlu baca kembali satu persatu dan memahami dengan baik setiap konsep yang perlu saya ajarkan. Banyak perkara yang kita kadang-kadang dah lupa so kene refresh balik. Jadi memang memakan masa untuk menyiapkan setiap lesson plan sebab kene fikir teaching method yang sesuai untuk mengajar kelas yang pelajarnya mempunyai kemampuan memaham yang lambat. Jenuh jugak la setiap malam mengadap laptop tapi tak terasa berat sangat sebab teman2 serumah pon buat perkara yang sama. Pada hari yang sama saya turut kene ajar Math Form 4.Tapi LP utk kelas tersebut saya dah siapkan awal2.

6:30 pagi

Saya dan Aishah akan berjalan turun dari rumah ke bus stop dengan segala bahan alat bantu mengajar, tak cukup beg galas belakang, kiri kanan siap tersisip beg kertas. Penuh! Jarak dari rumah ke bus stop tu lebih kurang 10 minit jalan kaki. Kat situ la tiap2 hari saya tunggu kak jannah. Kak Jannah ni senior saya time belaja kat UM dulu. Kebetulan kak jannah mengajar dekat SMKSP so mudah la kami ke sekolah tetiap hari. Memang Allah beri kemudahan. Rasa sangat bersyukur apabila ada segelintir kawan saya mengeluh tentang masalah transport ke skolah. Ada yang terpaksa sewa teksi utk pergi dan balik dari sekolah dengan bayaran yang tinggi. Alhamdulillah... sepanjang 2 bulan tu kak Jannah sentiasa memberi tumpang. Smg Allah mengurniakan kak Jannah dengan rezki yang melimpah ruah. Kami sangat terhutang budi pada kak Jannah!

7:15 pagi

Kebiasaannya setiap hari saya akan dapat at least 1 kelas ganti. Saya tak ingat berapa kelas ganti saya dapat untuk hari tu tapi yang pastinya agak banyak la sebab saya tak sempat nak makan pon hari tu sampai la balik rumah. Bila sangat aktif.. masa rasa sangat pantas berlalu.


12:00 tgh hari

Kringgggg! Saya berjalan ke kelas 4SS2 dengan penuh semangat untuk menyampaikan semua yang saya dah plan kan. Kelas ni tak ramai pelajar. Mereka ada 18 orang sahaja. Semua pelajarnya adalah perempuan. Ada Melayu, Cina dan India. Hari ni kehadiran cuma 13 orang. Okay lagi. Cikgu senior cakap kadang2 ada 8 orang je. Saya memulakan kelas seperti biasa. Ni kira kali kedua la saya masuk kelas ni. First time masuk dulu, kelas berjalan dengan baik. Tapi lain pulak kali ini. Tak lama lepas saya memulakan kelas, 5 orang pelajar berdiri dan minta kebenaran saya untuk keluar kelas. Katanya mereka ada latihan hoki jam 12:15. Pelik gile main hoki tgh hari buta. Tapi saya tahu pelajar kelas tersebut banyak yang mewakili sekolah dalam acara sukan. Dalam perhimpunan pagi tadi pon ade dimaklumkan bahawa pasukan hoki sekolah telah berjaya ke peringkat negeri. Selepas saya soal2 mereka, saya pon dengan rela hati membenarkan mereka. Saya yang kekurangan pengalaman ni dengan SENANG melepaskan diorang. Fieza, ape ko pikir diorang ni mcm budak sekolah agama persekutuan labu yang jujur2 je sume tuh?? hakhak..jujur ke? Tapi takde la tergamak nak menipu cekgu sendiri! hadoyai~ Lepas diorang dah berlalu dengan beg2 sekolah diorang, salah seorang kawan diorang pon bersuara,'cikgu, diorang ni takde main hoki pon! Diorang tipu cekgu je sebab hari ni kan ade koko... Time cekgu je la diorang boleh tipu sebab cikgu baru lg kat sini.' Ape???????????????? Ko pikir aku ni sape?? Mentang2 aku cikgu baru korang nak buli la eh? Banyak cantik muke korang! Owwww... Mentang2 first kelas hari tu aku banyak baik, korang nak pijak kepala aku plak eh? Apesal la korang kuang hajo sangat ni? Perffff..lam hati aku memang menyumpah-nyumpah. Sakit hati dow. Rasa bodoh pon ye gak! Kalo dapat sekor2 aku panggang atas bara api! muahahaha...mmg syaiton menguasai diri la time tu. Terus aku rasa aku berjaga semalam mmg tak berbaloi! Cis! Saya diam sejenak. Pastu saya wat la ayat-ayat sedih ' Naper kawan-kawan awak buat saya macam ni. Saya beriya-iya nak ajar awak semua sampai awak faham... Pandai... Boleh jawab periksa dengan baik tapi awak semua nak sia-siakan usaha saya macam tu je. Saya sedih la' Tetiba aku saya dengar suara dari belakang...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

'hek eleh dia ni..ngaja dah lah tak best... bosan kot... nak marah kitorang plak!'

haha... Perffff... Memang tak leh blah! Ini suda lebey. Panas je cuping telinga aku. Kang aku lempang jugak budak ni. Berkejar gigi-gigi ko masuk longkang karang! Memang sakit hati tapi saya ingat pesan mak saya, kalo rasa marah cepat-cepat istighfar supaya kita tak buat perkara2 yang boleh memalukan dan memenangkan syaiton.Betul jugak agaknya aku ngaja bosan. Kene kerja lebih ni pasni. Takpe la anak2 sekalian, cikgu pon masih dalam proses menimba ilmu dari korang. Marilah kita bekerjasama!

Saya diam sejenak. Suasana kelas hening seketika. Saya tunduk dan angkat muka. Kemudian sambung mengajar seperti biasa sampai habis kelas. Keluar je kelas, selisih dengan cikgu yang nak masuk lepas tu, terus saya bisik, ' Akak, td 5 org keluar kelas saya dan balik terus. Diorang cakap ada latihan hoki! Panas je saya.' 'Owh... Diorang memang kuang ajar!'balas dia. Takpe! Nanti saya ajar! Cis!

1: 10 ptg

Saya gerak pergi bilik disiplin. Laporkan nama mereke berlima. Puas hati. Huhu.

********

Tapi sampai balik rumah saya masih bising2. Pening kepala saya sampai malam. Nak tido pon susah... Stress! Macam mana nak handle ni??? Tepon mak... Bercerita dengan mak samalah seperti recharge balik battery kasik penuh! :) Terima kasih mak sayang... Muahhhhhhx!

p/s: Kelas tu memang kelas belakang! Perempuan pon dah asingkan dari lelaki sebab diorang bising sangat. Nanti takut bergaduh dengan lelaki. Time saya mengajar diorang boleh tengok2 org berjalan dekat luar and pas gula-gula. Jungkit-jungkit kerusi yang mereka duduk sampai jatuh! hadei~ Sambil2 saya tunggu nak masuk kelas penah dengar cekgu senior marah diorang. 'Ko takleh duk diam ke? Cuba duduk elok2! Kain terangkat sana sini. Nampak peha tu. Tak malu ke?' Perff..Direct! Mmg kene mcm ni kot!

2 comments:

  1. ha?aish~..mmg kene berkasar gak ke dgn diorg ni ye fiza agaknye?kan ade org ckp bdk2 yang nakal ni kalau semua cg berkasar ngan diorg diorg makin menjadi kasarnya~..cmne kite nak solve ye?kalau aq mmg aq round2 dlm kelas spnjgh kelas, and mmg sound direct je kalau diorg buat salah pe2, tp kdg2 rasa mcm kene berlembut dgn diorg tuk dekatkan diri ngand diorg~ mane satu yg kite kene buat nih?

    ReplyDelete
  2. Rasanya kene buat dua-dua la Nabila. Tapi fieza lagi prefer berlembut kot untuk situasi kat atas. Lepas peristiwa ni fieza sound diorang dalam kelas. Tpi fieza cakap baik2 la. Lepas tu diorang datang kat fieza. Sambil lap-lap air mata..mintak maaf! Erm...lepas tu memang diorang tak buat dah. Diorang macam malu je nak buat dah. Kalo diorang tanak buat keje, saya paksa jugak tapi lepas tu saya bagi diorang hadiah. Hadiah kecik2 je la. Pen, pemadam comey2 tu. Haha. Tapi okayla. Belajar kawal pelajar2 ynag tak berminat nak belajar.Diorang tanak blaja sebab diorang sangat susah nak faham dan cepat lupa.

    ReplyDelete