yang bertanda A tu kampung gua saya
Penah melawat Terengganu?? Meh la... datang
Ni la design rumah kat kg saya. 99% didiami oleh nelayan pesisir pantai.
Mandi manda...
Pemandangan tepi pantai
Ombak disember |
Pulau Kapas |
Kala senja |
Cantikkan kampung saya? Hehe. Kalau korang datang Terengganu, nanti boleh la nak melawat tempat2 yang standart pelancong pergi macam Taman Tamadun Islam (TTI) yang ada banyak replika masjid2 terkenal seluruh dunia tu, dan yang paling orang nak tengok adalah masjid kristal. Saya penah la jugak sampai situ beberapa kali. Boleh la shoot gambar cantik2! Lepas tu boleh pegi Muzium Negeri Terengganu gak. Biasanya budak2 sekolah yang ramai datang situ time cuti sekolah.
saya x jumpa gambar saya kat sini..cilok dr pakcik google yolah~ |
Muzium Negeri Trg..tak jumpa pic sy kat sane..pinjam je lah pic org! |
Kalo datang Tranung ni tak sah kalo korang tak cuba keropok lekor dia. Memang berbaloi-baloi. Biasanya mak saya beli keropok lekor ni dekat Bukit Tok Beng (BTB), jalan nak ke Lapangan Terbang KT. Kalo korang datang sini, terpaksa beratur panjang untuk beli keropok lekor diorang. Siap ada nombor giliran mcm kat pejabat pos. Selain BTB, korang boleh cuba keropok dekat 008 Kelulut dan Losong. Kat situ pon boleh tahan gak lah. Sedap! Tapi kalau dekat kawasan lain, mungkin tak sesedap dekat tiga tempat ni.
Keropok lekor!!! |
Lagi satu makanan yang susah nak cari kat tempat lain ialah sata. Kalo korang teringin nak makan sata, boleh la pegi Kuala Kemaman. Kat situ banyak gile orang jual SATA. SATA ni dibuat daripada ikan dan dibungkus dalam daun pisang. Mesti cuba! :)
SATA (gambar dr blog awang@dungun..pinjam ye) |
p/s: Nanti buatlah lawatan sambil belajar ke TRG.. :p
owh saya teringin kopok lekor tuuu!!! mahu!!! eh, u xpromote ke batik from t'ganu..huhu..dah bergaji nnt nak merasa batik dari sana!!!
ReplyDeletebatik? ha ah kan? nanti i cerita pasal batik Terengganu! Silap2 jadi dealer batik plak nanti..hakhak
ReplyDeleteahha! hehe...aq bleh beli kat hang je nnt! tapi kene hrga spesel la kan?haha..hehee...nak beli bj batik kat jln msjid india tu tapi mahai..mahu 2ratus gak sepasang...pk2 baik tunggu posting dulu, buatnye sekolah tu nnd ade baju batik rasmi khas tuk cikgu2 kite kene beli gak nnt kan..hehee
ReplyDelete